Dikatakan sedang hangat bercinta dengan Azlee. Tak sangka ini respon sweet Azlee bila Zara Zya muat naik foto di ig.

 

Zara Zya atau nama penuhnya Zainurul Razia binti Mohd Zainuddin. Lahir pada 22 Oktober 1985, di Lenggong, Perak, Malaysia. Merupakan pelakon, pengacara dan model. Anak bongsu daripada empat adik-beradik.

Merupakan bekas pelajar jurusan Teater daripada Akademi Seni Warisan Negara (ASWARA). Pernah menyertai pertandingan Dewi Remaja 2005. Meskipun banyak membintangi drama, namun kemunculannya di beberapa tahun awal kurang menyerlah kerana sering memegang watak sampingan.

Berita putus tunang pelakon Zara Zya dan Hafreez Adam pada Disember lalu ternyata mengejutkan ramai. Baru sahaja sebulan mengikat tali pertunangan namun hubungan mereka akhirnya terlerai sedangkan sebelum ini mereka antara pasangan paling ‘sweet’.

Terbaru, kami dengar Zara sekarang sudah ada pengganti dan kini sedang hangat bercinta dengan pelakon, Azlee Khairi yang turut bergandingan dengannya dalam drama Seadanya Aku. Umum mengetahui, mereka memang sudah lama berkawan dan agak mesra bersama sejak dahulu lagi.

Ramai juga yang restu sekiranya mereka berdua benar-benar bercinta. Namun, Azlee dikatakan sudah pun berkahwin dengan wanita kelahiran Brunei pada tahun 2014. Bagaimanapun, ada desas-desus mengatakan Azlee sudah kembali solo sebab itu dia kembali aktif berlakon, tetapi buat masa ini aktor tersebut enggan memberikan apa-apa komen mengenai status dirinya.

Kalau betul Azlee dah ‘single’, memang tidak salah untuk mereka bercinta. Tidak dinafikan nampak sesuai bersama. Jika sebaliknya, Azlee dan Zara kenalah hati-hati dan jaga batas pergaulan agar tidak mengundang sangka buruk orang lain.

‘Nak kena tunjuk ke saya sedih?’ – Zara Zya

“TAKKAN saya nak kena muat naik video menangis semata-mata nak beritahu saya sedih sebab putus tunang,” kata pelakon popular, Zara Zaya apabila ada mendakwa dirinya seolah-olah tidak terkesan selepas putus tunang dengan pelakon, Hafreez Adam, baru-baru ini.

Zara, 34, berkata, dia perlu kuat dan sentiasa berfikiran positif atas apa yang berlaku. Dia juga percaya perkara itu akan menjadi contoh dan teladan kepada banyak pihak supaya tidak meratapi apabila kehilangan seseorang.

“Memang ada yang komen pada gambar saya. Mereka cakap saya tak nampak sedih pun. Adakah saya perlu tunjuk semua itu di Instagram? Dalam perkara ini, ramai tahu saya sentiasa positif dan kuat. “Jadi, saya kena tunjuk kepada keluarga kawan dan peminat macam mana kuatnya saya. Jadi, ia secara tak langsung boleh buat orang terikut benda yang positif,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya sekiranya ada tawaran kerja membabitkan dirinya dengan bekas tunang, Zara berkata, dia bersikap profesional. “Kami putus tunang secara baik dan tidak ada prbalahan pun. Jadi, apabila perkara ini terjadi, tidak perlu wujud masalah antara kami. “Saya okay dan boleh bersikap profesional. Lagi pun, ini soal kerja dan bukannya peribadi,” katanya.

Orang sengaja cari punca putus – Zara Zya

PELAKON popular, Zara Zya menafikan dakwaan hubungan baiknya dengan seorang wanita sebagai punca dia putus tunang dengan pelakon Hafreez Adam sejak bulan lalu. Perkara itu timbul selepas tersebarnya empat video Instagram Stories yang memaparkan perbualan mesej di aplikasi WhatsApp di antara Zara dengan wanita itu sejak semalam.

Zara, 34, berkata, dia dan wanita itu kawan baik dan ada pihak yang sengaja memperbesarkan isu putus tunangnya. “Sumpah perkara itu bukan puncanya. Kami cuma berkawan. Paling penting, saya bukan ke arah itu (hubungan sejenis). Orang lain pun mesti pernah menghantar mesej sayang dengan kawan perempuan kan?” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Zara, dia sudah bertanya pada rakannya itu berhubung penyebaran video itu. “Tak tahu kenapa dia berbuat sedemikian. Saya pun tanya kepada dia kenapa muat naik video itu,” katanya. Dalam masa sama, Zara menyifatkan tindakan penyebaran video itu sebagai alasan untuk menghangatkan isu putus tunang mereka.

“Sekarang orang sengaja mencari isu. Bagi saya perkara ini benda kecil saja,” katanya. Sementara itu, Hafreez ketika dihubungi turut menafikan wanita dan video itu sebagai punca perpisahan mereka.

“Saya tak putus dengan dia sebab video ini. Saya tak rasa dia seperti itu (hubungan sejenis). Sepanjang dengan Zara, dia sangat manja dan tak pernah tengok dia berkelakuan pelik seperti dalam video itu. “Tak tahu pula jika ada orang cuba nak perangkap dia. Kalau boleh saya tak nak masuk campur urusan peribadi dia sebab dia bukan tunang saya lagi,” katanya.

Terdahulu, Hafreez mengesahkan sudah putus tunang dengan Zara sejak bulan lalu iaitu selepas sebulan bertunang. Pasangan yang mula berkawan sejak berlakon dalam drama Mona Lisa pada 2017 itu mengikat tali pertunangan pada 12 Oktober lalu.

Zara kini bebas

PELAKON popular Zara Zya enggan mengulas lanjut mengenai kisah putus tunang dengan pelakon Hafreez Adam. Zara, 34, atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin ketika dihubungi berkata, dia menganggap apa yang berlaku itu sebagai tiada jodoh.

“Tidak mengapa. Sudah tiada jodoh. Terima kasih atas doanya. “Selebihnya saya tidak mahu komen,” katanya ringkas. Terdahulu, Hafreez mengakui tidak lagi mengikuti Zara di Instagram sebelum mengesahkan sudah putus tunang sejak bulan lalu.

Lebih mengejutkan apabila ikatan pertunangan dua pelakon drama Mona Lisa itu hanya bertahan sebulan selepas bertunang pada 12 Oktober lalu. Hafreez dalam kenyataannya dengan Harian Metro menyifatkan putus tunang adalah yang terbaik buat mereka.

Malah, Hafreez juga menolak kehadiran orang ketiga adalah punca perpisahan dan enggan sebarang spekulasi ditimbulkan. Pasangan itu mula rapat dan bercinta pada 2017 ketika sama-sama menjayakan drama Mona Lisa yang ditayangkan di Astro Prima.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : https://www.metro.allnws.com/

 

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Dikatakan sedang hangat bercinta dengan Azlee. Tak sangka ini respon sweet Azlee bila Zara Zya muat naik foto di ig."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*