“Selesai majlis, saya sekeluarga bergegas ke h0spital” – Sebak bernikah tanpa ibu, tengah malam pengantin buat ‘kerja g1la

 

 

SIAPA yang tidak sedih apabila hari bahagia dan bersejarah tidak dapat disaksikan oleh insan tersayang bergelar ibu.

Di saat pengantin perempuan mahu dinikahi pasangannya, ketika itu juga ibu kesayangan yang disapa ‘mama’ terlantar di h0spital.

Namun, sekeping gambar yang menunjukkan pasangan pengantin baharu itu bersama keluarganya di sebuah w4d h0spital mengvndang sayu netizen.

“Walaupun mama tak dapat datang hari bahagia Along tapi kita orang tetap tunaikan hajat mama nak bergambar satu famili. Sayang mama dunia akhirat,” menurut perkongsiannya di laman Twitter sehingga menjadi tular.

Momen penuh berem0si antara dua beranak pada majlis akad nikah.

Pengantin berkenaan, Nur Amirah Syahindah Hanapi berkata, majlis pernikahan diadakan pada Ahad malam lalu, diikuti majlis persandingannya sejurus selepas itu, di Kuantan, Pahang.

Wanita berusia 24 tahun itu memberitahu, ibunya bagaimanapun tidak dapat turut serta kerana dimasukkan di sebuah h0spital di Kuantan kerana mengalami kec3deraan di tvlang p4ha kanan kira-kira seminggu sebelum majlis.

“Mama sebenarnya terkena ser4ngan strr0k kira-kira dua bulan lalu dan dimasukkan ke h0sp1tal. Mama kemudian dibenarkan keluar dan semakin beransur pulih.

“Tapi mama hampir terjatvh ak1bat kakinya lemah semasa kami berjalan menghantar rombongan pengantin ke kenduri kahwin sepupu. Mujur saya dan kawan pimpin mama ketika itu,” katanya kepada mStar sambil menambah ibunya kemudian dimasukkan semula ke h0sp1tal dan terl4ntar sehingga kini.

Nur Amirah menc1um ibunya sewaktu membuat lawatan mengeejut di h0sp1tal.

Nur Amirah yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik itu berkata, majlis perkahwinan perlu diteruskan kerana segala persiapan telah dilakukan.

Namun apa yang menyed1hkan bagi pembantu klinik itu, ibunya merupakan antara orang paling teruja untuk membuat persiapan bagi majlis perkahwinannya.

“Kami ada minta kebenaran pihak dokt0r untuk membawa keluar mama sekejap untuk hadir ke majlis akad nikah saya, tapi mereka tak izinkan… dikhuatiri akan memud4ratkan kesihatan mama.

 

Melihat mama menangis membuatkan saya turut menangis. Syukur hasrat mama dapat kami tunaikan. Semoga mama cepat sembuh.

NUR AMIRAH

“Majlis akad nikah biasanya ada ibu di sisi, tapi tak ada. Bila dah selesai akad nikah, ayah datang pelvk saya dan masa tu memang sangat terasa terutama dengan ketiadaan mama,” katanya.

Menurut Nur Amirah, ibunya sebenarnya pernah menyuarakan hasrat untuk bergambar bersama seisi keluarga pada hari perkahwinannya.

Nur Amirah (kanan) bersama ibunya.

Justeru dia bersama suami, bapa dan dua adiknya telah membuat rancangan untuk menunaikan permintaan ibunya itu selepas majlis perkahwinan.

“Majlis akad nikah dan persandingan dibuat di kawasan yang sama. Dan selepas selesai majlis, saya sekeluarga bergegas ke h0sp1tal.

“Masa tu dah tengah malam, waktu melawat pun dah berakhir tapi mujur pengawal keselamatan izinkan kami masuk. Mama terkejut melihat saya dan suami masih berpakaian pengantin,” tambahnya.

Nur Amirah sekeluarga pada majlis ulang tahun ibunya yang ke-45 tahun lalu.

Nur Amirah berkata, dia tidak dapat menahan sebak apabila ibunya menangis melihat mereka sekeluarga dapat berkumpul bersama di h0sp1tal.

“Melihat mama bangun menangis tengok kami di w4d membuatkan saya turut menangis. Syukur hasrat mama dapat kami tunaikan. Semoga mama cepat sembuh,” katanya sambil menambah ibunya akan menjalani pemb3dahan kerana masalah tvlang p4ha kanannya tidak lama lagi.

Sumber: Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

 

Apa Kata Anda?

1 Comment on "“Selesai majlis, saya sekeluarga bergegas ke h0spital” – Sebak bernikah tanpa ibu, tengah malam pengantin buat ‘kerja g1la"

  1. anak dia elok muka macam mee siam

Leave a Reply to azmeer roslan adtec Cancel reply

Your email address will not be published.


*