PU Amin d3dah punca kenapa Sajjad masih ‘relax’ kongsi foto di laman IG

 

Bagi mereka yang aktif di media sosial, sepanjang minggu ini pasti korang 24 jam asyik terbaca kisah pasal usahawan kosmetik, Nur Sajat je kan.

Isunya yang berpakaian wanita semasa mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah telah menimbulkan kontroversi besar hingga terpalit nama buruk kepada negara sendiri.

Walaupun telah menerima pelbagai kecaman, Sajat seperti seperti tak ada rasa takut masih update Instagram miliknya dengan menayang pakaian wanita yang dipakainya, meskipun sudah terbukti dia seorang lelaki.

Macam mana dia boleh rasa berani sampai macam ni??

“Kita yang bagi like, kita yang bagi view. Kita yang share”

Menjawab kepada persoalan tersebut, PU Amin dalam perkongsiannya di Facebook berkata, kitalah punca Sajat berani dan masih relaks untuk update gambarnya berpakaian wanita di Instagram.

Menurut PU Amin, begitu banyak laporan yang telah dibuat terhadapnya, tapi Sajat macam tak kisah. Malah PU Amin yang sudah menjangkakan perkara ini berlaku sejak dari tahun lepas lagi dah minta golongan netizen memboikot usahawan ni, tapi sebaliknya yang berlaku.

“Kalau dulu kita serius dan sedikit tegas. InsyaAllah ia tidak akan berlaku”

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Berat hati nak tinggalkan Kota Mekah . Penuh kenangan dan cerita . Menitis air mata ini , sebak tak terkata , tatkala berdoa untuk terakhir kali di Multazam , sebelum melangkah keluar dari Masjidil Haram . Apa yang kalian kirimkan doa doa pada saya dalam komen , mesej semua telah saya bacakan . Saya minta sangat sangat agar hajat dan impian kalian dimakbulkan . Saya harap asbab saya doakan doa doa anda , Allah makbulkan juga doa saya . Selamat Tinggal kota mekah . Hati ini akan terus merindu selamanya pada kota ini . Saya selalu doakan agar kalian yang melihat gambar Kaabah yang mulia ini dipercepatkan untuk hadir ke tanah suci ini . Allah berkuasa memudahkan urusan kalian disini . Jumpa lagi Makkah . Jemput lagi aku kesini . 😭❤️ Inshaallah . ✋🏻Bismillahu Allahu Akbar!!!!! @simplyumrah @simplyumrah @simplyumrah

A post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on

Berikut petikan penuh status PU Amin di Facebook beliau

“Sajat masih relax masuk kan gambar dia di IG dengan berpakaian wanita . Walaupun seluruh para agamawan , mufti , menteri , netizen meng3cam tindakan nya mencer0b0h kawasan solat perempuan dia tetap cool dan tak bersalah . Begitu banyak laporan dibuat dia tak kisah , sebab itu akan terus menaik kan nama nya , memahalkan produk nya , dan menguntungkan perniagaan nya.

Sejak dari tahun lepas saya direct tegur , ajak boikot dan minta pihak pihak ambil tindakan . Ada yang kata saya garang dan tegas . Dari video gelek dia sehingga semua video video dia saya minta untuk dihentikan . Kalian kata bagi peluang taubat . Sangka baik . Jangan hukum orang . Kamu ‘Pu’ pun banyak masalah . Lantas saya diam dan hanya berdoa agar sesuatu yang jahat seperti ini tidak akan berlaku.

Kita yang bagi Like, kita yang bagi view . Kita yang share .

Sebenarnya kita telah terlambat dalam mencegah . Dia senang hati walaupun kita susah hati . Dia tak rasa bersalah langsung sebab dia tahu dia terperangkap dalam kehidupan yang sedang dijulang dan dipuja.

Salah siapa ? Bukan sajat seorang . Tapi antara kita yang terus menyokong , mengangkat , mengidolakan individu seperti ini . Kita punya ‘Dakwah Hikmah’ dikhianati hingga menyebabkan dia kini telah menceroboh kesucian Masjidl Haram dan Masjidil Nabawi .

Kalau dulu kita serius dan sedikit tegas , inshaallah ia tidak akan berlaku . Namun kini ambil lah pengajaran bersama . Dia akan terus mempermainkan agama ini .

Sajat akan terus berani , kawan kawan nya akan terus kuat menempuhi hari hari sebagai seorang wanita . Lantas semua pondan dan maknyah yang mahu berubah dan berhijrah dan tidak bersalah akan terus dihina masyarakat .

Inilah harga yang perlu dibayar . Dia terus mencabar agama ini . Akhir zaman ini kita telah ditipu dengan drama nya . Air mata sajat di Malaysia akan mensucikan dia . Nantikan episod seterusnya Muhasabah kita bersama.Ya Allah !

Peliharalah kesucian agama ini !

Pada Mu Ya Allah kami berserah !”

Komen Netizen

Rata-rata netizen yang membaca posting ini menyokong kata-kata PU Amin dan meny3sal kerana ramai di kalangan netizen lain masih tidak mahu memboi1kot Sajat sejak dari dulu lagi.

“Betul tu Ustaz, bila ustaz tegur depa kata ustaz ni penunggang agama”

Malah bila PU Amin menegur, ramai pulak yang menghinanya dan melabel dia sebagai penunggang agama.

Ada betul juga cakap PU Amin ni. Apa-apapun bagi admin, harapnya Sajat sedarlah akan kesalahannya dan jangan berdolak dalih lagi tentang isu ni.

Kata Mujahid, tindakan Sajat itu menjejaskan imej sebagai seorang lelaki secara biologi dan yang tertera di kad pengenalannya, tetapi berpakaian seperti wanita ketika di Makkah.

” Fikirlah tindakan anda itu dilakukan di negara orang, di bumi Makkah, di bumi Madinah, yang akan terjejas imej kita yang mungkin boleh menjadi isu antara negara,” kata Mujahid.

Sementara itu penyanyi Hip Hop dan penceramah motivasi, Caprice juga memberi pendapat beliau tentang isu Sajjad.

” Jadi tugas kita macam mana nak bawa dia ke jalan baik. Itu yang kita perlu fokus. Tegur sudah, nasihat pun sudah. Jadi apa penyelesaiannya?

” Siapa yang bertanggungjawab, siapa ‘CEO ummah’ dalam ummah di Malaysia? Jawapannya Jakim. Jakim yang bertanggungjawab tentang ‘kemajuan’. Jadi tanya Jakim apa langkah seterusnya,” akhiri Caprice.

Ini bermaksud, bukan Caprice sahaja tapi masyarakat mahukan Jakim bertindak. Bukan meminta Jakim terus menghukum tapi mahu lihat langkah proaktif dan tegas supaya perkara sama tidak berulang.

Menerusi laman akaun Instagram Sajjad, beliau dilihat berkongsi beberapa keping gambarnya yang lengkap berhijab dan berniqab ketika berada di Mekah.

 

SUMBER: IG / vanilla.kini.blog

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak! 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "PU Amin d3dah punca kenapa Sajjad masih ‘relax’ kongsi foto di laman IG"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*