Ada rakan tidak puas hati gara gara tidak diundang ketika majlis hari lahir, ini komen balas Nora Danish

Aktres Nora Danish dilihat meluahkan rasa ger4m terhadap seorang rakan yang difahamkan mempunyai perasaan tidak puas hati kerana tidak diundang ketika majlis sambutan hari lahirnya baru-baru ini. Menurut Nora, gara-gara kejadian itu, segala kebaikan dan pengorbnan yang pernah dilakukannya terus dilupakan hanya dengan sekelip mata.

“Patutnya sebelum birthday kita dah call tanya apa plan, kalau betul-betullah rasa keluarga. “Ni tak call tak apa, nak sent4p. Birthday kita pun nak kita fikir pasal orang ke? “Nak sangat jadi orang yang sensi1tif tak bertempat kan. Ok meh sekarang I jadi sens1itif jugak.

“Hanya kerana birthday ni tak ajak, apa hubungan yang ada sebelum ni, segala pengorb4nan, kebaikan dan benda ikhlas kita buat terus dilupakan,” tulisnya. Luahan hati itu disampaikan menerusi ruangan Instagram Stories miliknya.

Dalam pada itu, pelakon filem Polis Evo 3 menegaskan masih ramai individu lain yang penting harus difikirkan dan dijaga olehnya. “Sedarlah wahai kawan. Banyak lagi orang yang penting dalam hidup saya, yang saya nak jaga dan fikirkan.

“Kalau rasa diri itu penting, buat macam penting. Bukan muncul setahun sekali, call tak apa tak, wish pun paling lambat. “Lepastu nak sent4p! Lambeetttt lagi!” tulisnya lagi. Pun begitu, Nora tidak pula menyatakan nama gerangan orang yang membuatkannya ger4m itu.

Nora baru sahaja pulang daripada Johor Bahru selepas menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-38 bersama keluarga tersayang. Imbas semula lakonan Nora Danish dalam filem Polis Evo di telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi GO di Google Play dan Apple Store sekarang.

Sumber : Gempak

Nora Danish, Fasha Sandha takde hal la

PERTEMUAN empat mata antara pelakon popular Fasha Sandha dan Nora Danish dalam program MeleTop terbitan Astro malam tadi membuktikan persengk3etaan yang pernah wujud di antara mereka sudah lama terpadam dan kembali berdamai.

Pasangan selebriti ini dilihat begitu profesional dan mesra sepanjang temubual itu berlangsung dan disiarkan secara langsung di Astro Ria, malam tadi. Fasha yang menghadiri program itu bagi mempromosikan drama Dua Takdir Cinta bersama Faizal Hussein dilihat mesra dan bersahaja ketika menjawab soalan yang diajukan pengacara Nabil serta Nora yang bertindak sebagai pengacara jemputan dalam program itu.

Malah, Nora juga dilihat tidak kekok untuk berinteraksi dengan Fasha walaupun kontroversi antara mereka pernah tular sebelum ini. Perkongsian video temubual yang dimuat naik di Instagram MeleTop turut mendapat reaksi positif warganet yang begitu teruja dan gembira melihat kemesraan dua pelakon ini disatukan dan sikap profesional mereka.

Pada 2017, Nora mengambil tindakan und4ng-und4ng terhadap Fasha kerana didakwa bertindak melulu memuat naik unsur fitn4h di Instagram yang disifatkan mencalar reputasi perniagaan diusahakan Nora. Nora melakukan perkara itu kerana tindakan Fasha mengaitkan dirinya tanpa usul periksa dengan mendakwa dia dih4lau pihak Nora pada satu acara acara fesyen Fenomena Raya 2017.

Malah, pertelingk4han mereka berlarutan sejak lebih lapan tahun lalu dengan sering berbalas kenyataan membabitkan isu peribadi dan hal rumah tangga. Bagaimanapun tahun lalu, kemelut perse3ngketaan antara mereka menemui noktah selepas kedua-duanya bersetuju untuk menyelesaikan pertikaian sam4an ftnah antara mereka secara baik di luar mahkamah.

Kenapa komen negatif, anak masih belajar solat – Nora Danish

PELAKON, Nora Danish, 37, meminta supaya warganet melihat sesuatu perkara dari sudut yang lebih positif, lebih-lebih lagi pada Ramadan ini. Itu berikutan beberapa komen neg4tif yang ditulis oleh warganet di Instagramnya selepas dia memuat naik gambar anaknya, Putera Rayqal dan Mohamed Nedrin solat bersama.

“Dalam Ramadan ini, apa kata kita semua lihat sesuatu perkara itu dari sudut lebih positif dan hentikan komen berbaur neg4tif. Islam itu mudah,” katanya kepada Harian Metro. Menurut Nora, Rayqal dan Nedrin adalah kanak-kanak yang masih belajar dan dia sebagai ibu, bersyukur kerana anaknya bersolat.

“Mereka masih dalam proses pembelajaran. Orang dewasa pun ada yang tata tertib dalam solat, masih ada kesilapan, kerana kita semua masih belajar. “Saya sebagai ibu bersyukur kerana sekurang-kurangnya, mereka mahu untuk bersolat,” katanya.

Nora mengucapkan terima kasih kepada warganet yang prihatin dan menulis komen di Instagramnya. “Kepada mereka yang prihatin, terima kasih saya ucapkan. Saya akan lebih peka dalam hal sebegini di masa akan datang.

“Namun, saya nak sentuh sedikit mengenai sesetengah pihak yang menentang perkongsian mengenai agama di media sosial. “Kenapa ada yang beranggapan ia seperti menunjuk? Kalau kita boleh kongsikan mengenai gaya ‘OOTD’, destinasi percutian, makanan dan sebagainya di media sosial, kenapa tidak mengenai agama?,” katanya.

Menurutnya, perkongsian mengenai agama sedikit sebanyak boleh dijadikan iktibar. “Saya sendiri pun kalau melihat rakan selebriti atau yang berkongsi mengenai agama contohnya solat, mengaji, ceramah, sedekah dan sebagainya, saya akan jadikan ia sebagai iktibar.

“Sedikit sebanyak, itu memberi idea dan inspirasi untuk saya melakukan perkara sama dan amalan seperti yang mereka lakukan,” katanya. Katanya, setiap perkongsian itu bergantung kepada niat individu itu sendiri. “Walaupun ibadat ini sepatutnya rahsia, namun ia berg4ntung kepada niat masing-masing sama ada nak menunjuk atau untuk memberi dorongan.

“Sebenarnya, lebih indah kalau dalam Ramadan ini, media sosial kita dipenuhi dengan hal berkaitan keagamaan. Pandangan dari saya yang rendah hati,” katanya. Gambar yang dimuat naik empat hari lalu itu menerima hampir 49,000 like dan lebih 300 komen daripada warganet. Ada antara warganet mempertikai kedudukan tangan Rayqal dan kaki Nedrin yang menurut mereka, tidak seperti adab solat sepatutnya.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : Metro Terkini

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Ada rakan tidak puas hati gara gara tidak diundang ketika majlis hari lahir, ini komen balas Nora Danish"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*