“Buat Part Time, Niat Nak Belanja Keluarga” Pelajar UM Tak Sedap Hati Sebelum Balik Kampung, Rumah Terb@kar Selepas Letak Barang Dapur Atas Meja

“TAK sedap hati, rupa-rupanya ada perkara bvruk bakal terjadi.”

Demikian kata seorang gadis berhubung tragedi keb4karan rumahnya pada Jumaat lalu.

Menurut Nurul Syafiqa Zulkefli, 20, dia menaiki bas dari Kuala Lumpur dan tiba di Kedah pada pagi kejadian, sebelum melihat sendiri api marak sekitar pukul 11 pagi.

“Saya belajar di Universiti Malaya (UM). Sebelum beli tiket balik ke Alor Setar, Kedah, saya dah rasa tak sedap hati.

“Tapi dah janji nak balik, saya teruskan juga. Saya sampai rumah dalam pukul 8 pagi, pukul 11 rumah kami t3rbakar,” katanya

Menurut pelajar jurusan Sumber Manusia itu, dia juga ditimpa beberapa kejadian m4lang pada malam sebelum pulang ke kampung.

Ahli keluarga Syafiqa dan kediaman mereka yang musnah dijilat api, Jumaat lalu.

Jelasnya, rentetan peristiwa itu seolah-olah memberi petanda akan berlaku kejadian lebih bvruk kepada dirinya.

“Masa malam sebelum gerak balik kampung, macam-macam benda terjadi. Terlepas bas, beli tiket tambahan, tertukar bas.

“Tapi paling sed1h, saya sampai rumah pagi tu… sempat pergi beli barang dapur untuk keluarga. Beli minyak masak, sayur, gula dan macam-macam lagi.

“Kami orang svsah, saya buat kerja part time, niat nak belanja keluarga. Sekejap sahaja letak atas meja, tak lama lepas tu t3rbakar.

“Masa tu adik saya pun tengah buat kerja sekolah, cuci kasut. Persiapan untuk sekolah pada Ahad,” ujarnya lagi.

Bercerita mengenai kejadian itu, api bermula dari sebuah rumah berdekatan sebelum m3rebak ke lima rumah lain.

Tapi paling sed1h, saya sampai rumah pagi tu… sempat pergi beli barang dapur untuk keluarga. Beli minyak masak, sayur, gula dan macam-macam lagi.

NURUL SYAFIQA ZULKEFLI

PENUNTUT UM

Kejadian dipercayai berlaku akibat litar pintas itu menyebakan kediaman Syafiqa sekeluarga mvsnah sepenuhnya.

“Saya anak sulung ada lima beradik, ayah berniaga buah dan mak suri rumah. Ayah dah sebulan berhenti kerja, dia sedang buat rumah baharu di Pendang.

“Rumah tu tinggal untuk buat wiring elektrik sahaja. Saya nampak mak dengan ayah tr4uma… sed1h dengan kejadian ni,” ujarnya.

Kata Syafiqa, mereka pada masa itu hanya sempat menyelamatkan beberapa dokumen penting, kipas dan televisyen.

Enam rumah mvsnah dalam kejadian itu.

Malah, dia juga sempat mengambil beg galas berisi pakaian yang dibawanya dari UM.

Dalam pada itu, kisah sed1h keluarga Syafiqa menarik perhatian ramai apabila ia ditularkan di Twitter oleh rakan sekolahnya.

Dengan kuasa viral, beberapa individu tampil menghulurkan bantuan buat keluarganya.

Ujarnya, tiada kata yang dapat menggambarkan rasa syukurnya atas sokongan serta bantuan yang diberikan orang ramai buat dia dan keluarga.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : Mstar

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Buat Part Time, Niat Nak Belanja Keluarga” Pelajar UM Tak Sedap Hati Sebelum Balik Kampung, Rumah Terb@kar Selepas Letak Barang Dapur Atas Meja"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*