‘Cuaca Panas Tak Membvnuh COVID-19’ – Dr Amalina, Dr Rafidah B1das Laporan Did4kwa Kurang Tepat

Ekoran dari penvlaran w4bak COVID-19 yang semakin membimbangkan, ada segelintir pihak mengambil kesempatan mengeluarkan kenyataan mengenai pencegahan v1rus itu secara umum. Bagaimanapun, kenyataan pencegahan melalui hidangan makanan singgang ikan dan cuaca panas di Malaysia turut mendapat respon balas dari Dr Amalina Bakri dan Dr Rafidah Abdullah. Masing-masing kurang setuju dengan kenyataan yang dikeluarkan itu.

https://twitter.com/Zaidharithahz/status/1237387222933889024

Sebuah laporan program berita nombor satu Malaysia telah melaporkan hasil pemantauan dari Prof Dr. Norayati Abd Majib menyifatkan penggunaan cecair sanitasi pada tangan amat penting. Malah, tidak dinafikan juga rakyat Malaysia lebih gemar menggunakan topeng muka (mask) untuk mengurangkan penularan w4bak ini.

Cuaca panas 35-36 darjah Celsius, ia tidak tahan. Jadi, rajin-rajinlah berjemur supaya kita panaskan badan, berpeluh. Itu sebab kalau boleh buka tingkap, jangan buka air-cond. Matahari dari luar tu lebih bagus untuk disinfect rumah kita.

Selain itu, Prof Dr. Norayati Abd Majib turut menyatakan bahawa suhu cuaca panas di Malaysia berpotensi untuk menghalang pembiakan virus. Anda juga dinasihatkan untuk berjemur dan tidak takut kepada cahaya matahari.

Kajian lanjut perlu dilakukan

Bagaimanapun, kenyataan dari laporan pakar berkenaan telah mendapat respon dari Dr Amalina Bakri yang kurang setuju. Dr Amalina sebelum ini juga pernah menulis artikel mengenai perbincangan berkaitan faktor suhu, cuaca dan haba terhadap COVID-19.

Terdapat beberapa tuntutan yang tidak terbukti seperti meminum air panas, mandi air panas atau menggunakan pengering rambut.

Peningkatan suhu dan kelembapan tidak semestinya membawa kepada pengurangan penularan wabak.

Dr Amalina menyifatkan wabak COVID-19 memerlukan masa untuk mengkaji mengenai virus ini dan telah diberi teguran dari saintis untuk tidak sewenangnya mengeluarkan sebarang kenyataan.

Cuaca panas tidak membunuh COVID-19

Sementara itu, Pakar Perunding Nefrologi iaitu Dr Rafidah Abdullah turut membidas laporan yang dikeluarkan Prof Dr. Norayati Abd Majib menerusi program berita stesen TV itu. Dia turut menegaskan bahawa cuaca yang panas tidak membunuh virus COVID-19. Malah, dia turut menasihati agar berita yang belum sahih tidak sepatutnya disebarkan.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber: Dr Amalina, Dr Rafidah

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "‘Cuaca Panas Tak Membvnuh COVID-19’ – Dr Amalina, Dr Rafidah B1das Laporan Did4kwa Kurang Tepat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*