COVID-19: “Rakyat Jangan Risau, Bekalan Makanan Mencukupi” – PM

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengingatkan rakyat agar tidak p4nik dan risau berkenaan kekurangan bekalan bahan asas susulan penvlaran C0VID-19 ketika ini.

Memetik laporan Astro Awani, beliau telah mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta Kementerian Pertanian dan Asas Tani (MOA) untuk memastikan bekalan makanan mencukupi sepanjang penularan pandemik C0VID-19.

“Malam ini, saya akan membincangkan perkara ini. Rakyat jangan terlalu risau, saya sudah arahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk memastikan bekalan mencukupi.

“Semua pasaraya akan dibuka bagi memastikan pengguna boleh membeli barangan asas,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) di Putrajaya pada Isnin.

Tambah Muhyiddin lagi, meskipun berlaku ‘pembelian besar-besaran’ sejak beberapa hari lalu, namun masyarakat diingatkan agar membeli barangan keperluan sahaja.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber: Astro Awani

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "COVID-19: “Rakyat Jangan Risau, Bekalan Makanan Mencukupi” – PM"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*