“Benda Yang Saya Paling Takut Terjadi Jugak…” – Bapa Saudara Muaz Kool FM Meninggal Akibat Covid- 19

Lebih kurang pukul 7:21 petang semalam, kita dikejutkan dengan berita empat lagi kem4tian di Malaysia akibat virus Covid- 19, menjadikan jumlah kem4tian setakat ini adalah 8 orang.

Berita tersebut dikongsikan di Twitter rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia, @KKMPutrajaya.

Mengejutkan juga apabila membaca perkongsian Muaz Muhamed yang merupakan penyampai radio KoolFm apabila memberitahu bahawa bapa saudaranya meninggal dunia petang tadi akibat Covid1 19.

“Benda yang saya paling takut, terjadi jugak, Pak Uda saya, iaitu Idris b Atan, telah pergi selamanya. Kami sekeluarga masih terkejut dengan apa yang berlaku, begitu cepat virus covid ini merebak. Moga mak uda, kak long, kak ngah @syahirahidris dan lokman kuat dalam menghadapi dugaan yang getir ini.

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahm4tilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kem4tiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga 4rw4h di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman,” kongsi Muaz di Instagram miliknya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Benda yang saya paling takut, terjadi jugak, Pak uda saya, iaitu Idris b Atan, telah pergi selamanya, kami sekeluarga masih terkejut dengan apa yang berlaku, begitu cepat virus covid ini merebak, Moga mak uda, kak long, kak ngah @syahirahidris n lokman kuat dalam menghadapi dugaan yang getir ini. Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. AlFatihah ‎. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم ‎ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ‎مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

A post shared by MuazMohamed (@heymuazkoolfm) on

Perkara yang sama turut dikongsi oleh anak perempuan Allahyarham Idris iaitu Syahira Idris di akaun Twitter miliknya.

“Assalammualaikum semua.

“Dengan berat hati, ayah saya Idris Bin Atan telahpun meninggal dunia. Doakan jen4z4h ayah dicucuri rahmat. Doktor kata ayah pergi dalam keadaan tenang sangat.

“Terima kasih yang mendoakan ayah selama ni. Hanya Allah saja yang dapat membalas jasa kalian.

“Seperti yang dimaklumkan, kami tidak dapat menguruskan jen4z4h ayah. Saya dan kakak tidak dibenarkan keluar hospital. Hanya doa di kejauhan. Adik akan berada di Bahagian Forensik Hospital.

“Lega bila tahu ayah pergi dalam keadaan yang tenang sangat. Alhamdulillah Ya Allah,” tulis Syahira di akaun Twitternya.

Buat masa sekarang, Syahira juga sedang dikuarantin dan sedang menunggu keputusan ujian yang dijalankan.

Menurut laporan KKM Putrajaya, kes kem4tian Allahyarham Idris merupakan kes ketujuh daripada lapan kem4tian setakat ini.

Salam takziah daripada kami di kami.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : Gempak

 

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Benda Yang Saya Paling Takut Terjadi Jugak…” – Bapa Saudara Muaz Kool FM Meninggal Akibat Covid- 19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*