132 pelajar tahfiz Masjid Sri Petaling dikvarantin di Institut Sosial Malaysia

JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur memaklumkan seramai 132 pelajar tahfiz di Masjid Sri Petaling dipindahkan ke stesen kuarantin di Institut Sosial Malaysia (ISM) pada Ahad.

Menerusi satu kenyataan, JBPM memaklumkan kesemua pelajar menjalani proses nyah cemar yang dilaksanakan oleh Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) sebelum dipindahkan.

“Kesemua pelajar tahfiz telah dibawa ke stesen kuarantin menggunakan empat buah bas dengan bantuan polis pengiring,” menurut kenyataan itu.

Menurutnya proses pemindahan kesemua pelajar selesai pada kira-kira pukul 2.30 petang dan proses nyah cemar turut dilakukan ke atas empat buah bas yang digunakan untuk proses pemindahan.

Masjid Srri Petaling yang menjadi venue ijtimak tabligh dari 28 Februari hingga 1 Mac kini menjadi kluster terbesar jangkitan Covid-19. – BERNAMA

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : Mstar

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "132 pelajar tahfiz Masjid Sri Petaling dikvarantin di Institut Sosial Malaysia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*