Penganggur ingkar PKP, tampar pengawal keselamatan pasar raya kena penjara ??

PADAH menampar pengawal keselamatan di sebuah pasar raya di Melaka semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), seorang penganggur dikenakan hukvman penjara .

Tertuduh, Mohamad Shaiful Bahari Mohamad, 34 mengaku bersalah di Mahkamah Majistret atas tuduhan mengingkari PKP dan menampar pengawal keselamatan pada Rabu.

Pertvduhan dibacakan dihadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh pada Khamis dan dijatvhkan hukvman penjara 9 bulan.

Berdasarkan kertas pertvduhan itu, tertvduh mel4nggar PKP apabila cuba mengh1na pegawal keselamatan dan menamparnya ketika dihalang memasuki premis pasar raya itu untuk membeli sebotol air pada pukul 7.05 malam.

Sepanjang tempoh PKP, pasar raya di Melaka hanya dibenarkan beroperasi antara pukul 7 pagi hingga 7 malam.

Tertuduh telah melakukan kesalahan di Pasaraya Tesco, Jalan Panglima pada 7.05 malam.

Lelaki itu didakwa mengikut Peraturan 3(1), Akta Kawalan dan Pencegahan peny4kit Berjangkit yang boleh membawa hukuman maksimum penjara enam bulan dan denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya.

Bagi kesalahan kedua, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kesakitan yang membawa kepada hukuman sehingga setahun penjara, denda RM2,000 atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

Mohamad Izwan ketika membacakan hukuman berkata, tertuduh telah melanggar perintah yang dilaksanakan untuk kepentingan negara ketika penularan wabak Covid-19.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam telah dibawa ke penjara untuk menjalani hukuman.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Penganggur ingkar PKP, tampar pengawal keselamatan pasar raya kena penjara ??"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*