“Rasa macam mimpi plk tahun ni birthday dah ada suami…”- Emma Maembong

Siapa saja yang tidak kenal dengan pelakon, Emma Maembong dimana dia kini menjadi antara selebriti popular tanah air yang dikenali dengan bakat lakonannya yang sering menyentuh perasaan penonton sehingga setiap lakonan dirinya juga sering mendapat sambutan luar biasa.

Pada Februari lalu, Emma Maembong memberikan kejutan kepada peminat apabila dia tidak mended4hkan kisah percintaan namun terus menamatkan zaman bujangnya dengan jejaka pilihan hati yang merupakan seorang juruterbang.

Mengambil keputusan untuk menghalalkan hubungan dengan memilih tarikh cantik, 20.02.2020 membuatkan netizen tumpang gembira dengan dirinya yang kini sah bergelar isteri kepada Muhammad Shazli.

Majlis pernikahan yang dilakukan secara tertutup pada Februari lalu juga menarik perhatian ramai apatah lagi, Emma Maembong dan pasangan mengayakan busana pengantin serba putih yang menaikkan lagi seri serta dipuji ramai.

Emma Maembong juga membuatkan peminat senang melihat kehidupan kini dirinya yang semakin bahagia disisi suami. Apatah lagi, dia juga memberitahu bahawa dirinya seorang yang sibuk berkerja.

Walau bagaimanapun, semalam pula Emma Maembong berkongsi perasaan sayu apabila pada tahun ini dapat menyambut ulang tahun kelahiran dengan adanya suami disisi.

Menerusi Instagram peribadi miliknya, dia turut berterima kasih kepada bapa mertua dan keluarga kerana menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-28.\

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

rasa mcm mimpi plk tahun ni birthday dah ada suami @shazli.a 😢🥰 thank you father in law n family buat birthday emma di rumah. xdpt lg nk keluar jumpa family belah emma sbb kene quarantine.and thank you kenapa @the_nizers and @emanizers sbb dah celebrate birthday emma awal2 masa mlm berinai tu. thank you kepada semua yg wish. may allah bless all of you. love you guys ❤️🌸❤️🌸 #EmmaMaembong #Emanizers #EmmaTurns28 #EmmaXShazli

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on

Sambut bersama suami dan keluarga 

Katanya juga, dia tidak keluar untuk menyambut ulang tahun kelahirannya bersama keluarga pihaknya kerana kuarantin namun dia juga berterima kasih kepada yang memberikan ucapan buatnya.

Di ruangan komen, rakan selebriti turut meninggalkan ucapan khusus sempena ulang tahun kelahirannya selain peminat turut memuji wajah cantiknya yang tidak seperti berumur 28 tahun.

Reaksi ramai


Sumber: Instagram Emma Maembong

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : HCL

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Rasa macam mimpi plk tahun ni birthday dah ada suami…”- Emma Maembong"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*