Warga tua alami simptom Covid-19 ditemui m4ti dalam tandas hospital

SEORANG pesakit yang disyaki dijangkiti wabak Covid-19 dilaporkan ditemui m4ti beberapa jam selepas ditempatkan di wad isolasi Hospital Serdang, Selangor.

Kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira pukul 7 malam di tandas Wad 7D hospital berkenaan. China Press melaporkan, lelaki berusia 62 tahun itu telah dimasukkan ke wad berkenaan pada 2.30 pagi Jumaat kerana mengalami simptom wabak berkenaan dan masih menunggu keputusan ujian terhadapnya.

Jurur4w4t bertugas yang telah ke tandas selepas mendapati pesakit berkenaan terlalu lama di situ terkejut apabila mendapati lelaki berkenaan tidak lagi bernyawa.

Menurut laporan portal berkenaan, Ketua Polis Daerah Sepang, Asistan Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, tiada nota ditinggalkan di lokasi kejadian.

Setakat ini, siasatan sedang dijalankan pihak forensik dan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai m4ti mengejut.

Kementerian Kesihatan dan Mercy Malaysia mewujudkan talian hotline psikologi untuk petugas barisan hadapan dan mana-mana pihak yang mengalami gangguan emosi susulan wabak Covid-19.

Pihak berkenaan boleh dihubungi antara pukul 8 pagi hingga 5 petang di talian 011-63996482, 011-63994236, atau 03-9359935.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber: Mstar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Warga tua alami simptom Covid-19 ditemui m4ti dalam tandas hospital"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*