“Ada Hikmah Golongan Ini Terpilih,” Amalan Pelajar Tahfiz Dijangkiti Covid-19 ‘Buka Mata’ Ramai

Umum telah mengetahui bahawa dunia kini sedang dilanda wabak pandemik Covid-19.

Di Malaysia sahaja, jumlah kes yang dicatatkan hari demi hari sehingga kini telah mencecah kepada ribuan orang. Pengorbanan petugas barisan hadapan di negara kita perlu dipuji kerana sanggup merisikokan nyawa mereka demi kesejahteraan negara.

Pasti ramai yang tidak tahu tentang keadaan para pesakit Covid-19 yang sedang dir4w4t di dalam wad. Seorang jurur4w4t yang bernama Rabiatul Adawiyah ada berkongsikan tentang pengalamannya bekerja di wad Covid-19 yang menempatkan pelajar-pelajar tahfiz.

Menurutnya, pelajar-pelajar tahfiz ini banyak menghabiskan masa mereka dengan membaca al-quran, berzikir dan solat berjemaah ketika di dalam wad. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

WE ARE FIGHTER COVID19

Alhamdulillah pengalaman bekerja and mer4w4t adik-adik tahfiz yang sangat awesome.

Walaupun ada masa gelak ketawa, ada masa main dan bergurau tapi banyak masa mereka dihabiskan dengan membaca al-quran, berzikir dan solat. Solat berjemaah walaupun jarak kena 1 meter antara 1 sama lain.

Gambar ni diaorang yang request nak ambil gambar. Kakak misi memang suka amik gambar dik. Sebagai kenangan suka dan duka dalam mengharungi wabak ini.

Alhamdulillah urusan kami dalam menjaga dan mer4w4t sangat dipermudahkan di sini.

Allah permudahkan semua. Syukur ya allah.

Kerana memilih kami untuk menjaga insan yang memuliakan -Mu.

Menyedarkan kami yang alpa ini.

Disebalik covid-19 ada hikmah kenapa golongan ini yang terpilih untuk ujian wabak ni.

Berikut adalah antara komen-komen daripada netizen di media sosial:

Sumber: Rabiatul Adawiyah

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press\

Sumber : SK

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Ada Hikmah Golongan Ini Terpilih,” Amalan Pelajar Tahfiz Dijangkiti Covid-19 ‘Buka Mata’ Ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*