Lelaki Tahan Malu Kayuh Basikal, Rayu Minta Bantuan! Dah Tiada Apa2 Utk Bagi Anak Bini

Pada awal kemunculan w4bak C0vid-19, rata-rata memandang s1nis dengan wabak ini dan langsung tiada rasa takvt dengan kesan bvruk bakal berlaku.

Lihat sahaja hari ini, gara-gara sikap alpa kita kesannya sangat mendalam terutama dari segi ekonomi. Rakyat di Malaysia kini dalam tempoh fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mana ianya diakui memberi kesvlitan kepada yang bergaji hari.

TERCUNGAP-CUNGAP KEJAR BANTUAN DENGAN BERBASIKAL

Dalam kita bersenang lenang dalam membancuh resepi Dalgona Coffee, harus diingat masih ramai di luar sana sedang menahan lapar dan rungsing memikirkan nasib perut anak bini kerana hilang punca mata pencarian.

Bercerita soal nasib golongan kurang berkemampuan ini, ada satu perkongsian dari aktivitis masyarakat iaitu Abam Botak yang berkongsikan kisah menyayat hati di laman Facebook miliknya pada beberapa jam yang lepas.

Sumber Facebook

Menurut perkongsian Abam Botak, semasa dia dalam perjalanan menaiki van untuk mengedarkan bantuan makanan, dia didatangi oleh seorang bapa muda dalam keadaan termengah-mengah disebabkan mengejarnya menggunakan basikal.

BARANG BANTUAN SUDAH ADA PEMILIK

Kejadian menjadi h1ba apabila lelaki berkenaan (dirahsiakan identiti) membuka cerita perihal nasib dia dan keluarga di rumah. Menurutnya dia ingin meminta sedikit bantuan dari Abam Botak kerana di rumahnya sudah tidak ada apa-apa untuk diberikan kepada anak bini.

Pada hari kejadian, Abam Botak tidak dapat membantu kerana sumbangan yang dibawa perlu diberi keutamaan kepada orang terdahulu yang sudah pun dimaklumkan untuk dibantu.

Sumber Facebook

Memang sedikit memeritkan untuk bapa muda berkenaan kerana dari raut wajahnya bersungguh-sungguh mengharapkan dihulur bantuan.

KEESOKAN HARINYA…

Namun demikian, tambah Abam Botak hasil bertukar nombor akhirnya sumbangan dapat diberikan pada keesokan harinya. Lelaki berkenaan sungguh gembira dan cuba mencium tangan Abam Botak diatas bantuan dihulurkan namun ianya ditolak secara baik.

Sumber Facebook

Melihat kepada reaksi warganet yang mengikuti perkongsian itu, rata-rata turut terkesan dan berasa sed1h dengan keadaan yang dilalui oleh lelaki berkenaan. Ramai yang seb4k dan mendoakan kebaikan yang dilakukan oleh Abam Botak.

Tidak dinafikan yang ramai antara kita memiliki harta namun tak ramai pula yang berjiwa pemurah untuk membantu golongan yang memerlukan. Semoga kisah ini dapat membuka mata antara kita untuk faham erti syukur.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : iMeecks

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Lelaki Tahan Malu Kayuh Basikal, Rayu Minta Bantuan! Dah Tiada Apa2 Utk Bagi Anak Bini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*