Amyza Aznan Hent4m Aliff Syukri

Aktres Amyza Aznan melahirkan rasa kecewa apabila usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri terjun ke bidang lakonan.

Menurutnya, beliau berasa terkesan melihat Aliff merungut di laman sosial kerana kononnya usahanya menjayakan filem Badang mendapat respon negatif netizen.

Kata Amyza, Aliff tidak sepatutnya melenting apabila dihent4m penonton kerana ia tidak sedikitpun memberi kesan kepada ekonomi kehidupannya.

“Dia demand, merintih, minta dihargai, tak tidur sampai ke pagi memikirkan ke3jian, c4cian orang. Tapi walau dia kena ke3ji pun, duitnya masih berlambak. Tak beri kesan apa pun,” kata Amyza kepada Sinar Harian.

Malah, akui Amyza, para pelakon yang menjadikan bidang itu sebagai karier sekalipun tidak terlalu merintih biarpun usaha mereka tidak dihargai.

“Yang kami pelakon betul ni, langsung tak dipandang, bekerja sampai ke pagi juga, menitis air peluh, keluar air mata, duit tak ada tau, tak mengeluh macam dia pun,” katanya.

Justeru, Amyza mencadangkan agar Aliff mencuba nasib sebagai penerbit kerana bidang lakonan sememangnya tidak bersesuaian dengannya.

Apatah lagi, menurut Amyza, Aliff tidak mempunyai bakat langsung dalam bidang tersebut.

“Berlakon bukan bidang dia, jadi tak payah lah berlakon, buat semak saja, serius semak. Tak ada bakat pun.

“Kalau duit banyak sangat, jadi penerbit saja lah. Kita memang marah lah, marah sangat,” katanya lagi.

Sumber berita: Sinar Harian

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : Iluminasi

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Amyza Aznan Hent4m Aliff Syukri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*