[VIDEO] Gugurnya Air Mata Neelofa Di Live Instagram…

Hos dan usahawan Neelofa dikenali sebagai seorang selebriti yang kental walaupun sebelum ini namanya banyak terpalit dengan bermacam kontroversi yang mended4hkannya dengan kecaman masyarakat. Siapa sangka, doa seorang pendakwah, Ustaz Ahmad Dusuki menyentuh hati nurani wanita ini sehingga mengalirkan air mata di depan ribuan netizen.

Doa berkenaan alam kubur, kematian

Dalam rakaman live Instagram semalam, doa dibacakan Ustaz Ahmad Dusuki adalah berkenaan kem4tian dan alam barzakh yang akan dihadapi setiap manusia hidup. Turut dipohon adalah supaya kubur diwangi dan dilapangkan serta dijadikan taman di antara taman-taman syurga.

Neelofa cuba menahan seb4k dan linangan air mata dan beberapa kali beralih ke luar skrin mengelak tangisannya itu disaksikan ramai. Dia juga turut menunduk sambil mencapai tisu mengesat air mata yang sesekali tumpah.

Di pengakhiran doa, bekas juara Dewi Remaja ini akhirnya berjaya mengawal emosi walaupun wajahnya masih kelihatan sugul dan masih menahan air mata dari terus tumpah.

Sumber: Neelofa

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : OHBulan

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "[VIDEO] Gugurnya Air Mata Neelofa Di Live Instagram…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*