Wan Maimunah Mengalirkan Air Mata, Terima Sumbangan Dari Seorang Ustaz,

Artis veteran kita Wan Maimunah binti Wan Abdul Aziz  adalah salah seorang pelakon yang sangat berbakat. Berikan sahaja apa watak kepadanya dan pastinya watak itu akan di bawa dengan baik. Generasi pada tahun 90an pasti mengenali pelakon berbakat ini. Dari air mata dan juga watak antagonis sememangnya akan dijayakan dengan baik.

Terdahulu, perkahwinan terakhirnya dengan seorang pengusaha makanan dari Johor pada Disember 2013 sempat bertahan dua tahun sebelum mereka mengambil keputusan berpisah.

Ditanya mengenai hidup tanpa suami, Wan Maimunah berkata, dia tidak kesunyian kerana selain dua cahaya mata, hidupnya juga dikelilingi ramai anak angkat yang sentiasa mengambil berat.

“Nikmat apa lagi yang saya mahu dustakan apabila hidup sentiasa dikelilingi anak yang prihatin. Pada masa sekarang, saya lebih memberikan tumpuan kepada menggandakan ibadat,” katanya yang teringin menunaikan haji.

Jauh di sudut hati, pelakon serba boleh itu meluahkan harapan dipertemukan dengan insan dermawan yang sudi menaja pemergiannya ke Tanah Suci Makkah sebelum dia menutup mata.

Semoga Dia Mendapat Hidayah' - Wan Maimunah

Sama seperti rakyat Malaysia khususnya, semua akan terkesan dengan pandemik wabak Cov1id-19 ini. Tidak terkecuali dengan pelakon veteran ini. Tular satu video dimana seorang Ustaz memberikan sumbangan kepada Wan Maimunah.

Wan Maimunah juga mengucapkan satu ucapan kepada Ustaz ` setiap yang baik, baik juga balasannya`. Beliau juga ada menyatakan Tengku Khaleeda ada cuba mencarinya. Wan Maimunah memberitahu subuh tadi Tengku Khaleeda berjaya menghubunginya setelas puas mencari nombor yang boleh dihubungi.

Semoga kehidupan artis veteran kita ini lebih baik dan juga diberi kesihatan yang baik. Sama-sama juga kita doakan wabak pandemik Covid-19 ini segera hilang dari bumi Malaysia. Amin.

Artikel By RJ,

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : Petuadanresepibonda

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Wan Maimunah Mengalirkan Air Mata, Terima Sumbangan Dari Seorang Ustaz,"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*