Diana Danielle Kata Tak Mahu Anak Lagi, Sekali Fazura Bagi Komen Padu

Umum mengetahui dua pelakon terkenal Diana Danielle dan Nur Fazura antara selebriti yang mempunyai raut wajah paling cantik di Malaysia.

Kedua-dua jelitawan ini juga dikatakan berkawan baik setelah beberapa kali terbabit dalam drama dan filem bersama.

Kali terakhir mereka bergandingan dalam filem Gol & Gincu 2 pada tahun 2018. Manakala mereka juga pernah berlakon bersama buat kali pertama dalam filem Kami H1isteria pada tahun 2014.

“Ya, maksudnya dah lengkap..dah dah”

Sejak itu, hubungan dua pelakon popular ini semakin rapat dan sering berbalas komen di media sosial.

Terbaru, Diana Danielle telah menulis di Instagram beliau, seakan memberi bayangan keluarganya bersama suami Farid Kamil sudah lengkap dengan sepasang anak lelaki dan perempuan.

” She completes our family Nur Aurora and Yes that means it’s complete. Dah dah (Dia melengkapkan keluarga kami, Nur Aurora dan Ya, maksudnya sudah lengkap. Dah dah..” tulis Diana disusuli emoticon ‘ketawa’.

Ayat Diana dalam maksud lain, mungkin dalam nada sekadar bergurau, tidak mahu melahirkan anak lagi. Boleh jadi sekadar mengusik suaminya Farid Kami.

Sekali Fazura komen daa..

Namun entri tersebut mendapat respon dari sahabatnya Fazura. “Sure notttt? Cuba beli test jap tengok”, komen Fazura sambil emoticon ‘ketawa’.

“Eh Kak Long ni lah..”, balas Diana

Lebih menarik perhatian netizen apabila anak penyanyi Amy Search, Nabila Huda memberi respon kepada entri Diana.

Nabila seakan tidak percaya dengan pengakuan Diana tersebut.

” Sure ke dah dah…? Benda dtg tak dijangka siss…tiba-tiba kite katil sbelah-sebelah je nanti 2021″ tulis Nabila bergurau, mahu bersalin sama-sama Diana.

” ALAMAK!!! Nak pantang rumah u lah” balas Diana lagi.

Rata-rata netizen turut memenuhi ruangan komen dan meminta Diana supaya tidak berhenti melahirkan anak.

Netizen mahu Diana dan Farid jangan berhenti ‘buat’ anak

Ini kerana ramai yang suka melihat wajah comel anak mereka iaitu Muhammad, 6 dan Aurora, 4.

” Hehehehe….yew kew dah…tu mmg ayat yang slalu keluar dr mulut seorang isteri tapi tup-tup hehehehe……klo ada alhamdulillah” tulis Nini

” Alaa tmbah la lagi.. hnsem n cntik-cantik anaknya. Lagi ramai anak lagi murah rezeki. Dan lagi meriah keluarga” komen Linda

” Dengan PKP dan kerja di rumah ni kita tak tahu siss, suami hari-hari dok jeling-jeling je. Besar dah Aurora she can be a good sister” komen Aida

Datin Diana Danielle Danny Beeson lahir 22 November 1991 anak kelahiran Amerika Syarikat.

Dari kerjayanya sebagai pelakon, beliau mula dikenali umum menerusi filem sulung lakonannya Idola (2002) dan telah membintangi beberapa drama TV termasuk Airmata Maria (2007) dan Raisha (2017).

Diana memulakan kerjaya lakonan secara kebetulan dan memenuhi permintaan untuk pelbagai pekerjaan seperti pemodelan, nyanyian dan muncul dalam iklan televisyen.

Bakat beliau dikesan oleh pelakon Norman Hakim ketika beliau mengunjungi keluarganya ketika Diana berusia 9 tahun, dan seterusnya muncul bersama filem pertama lakonannya, Idola (2002) arahan Aziz M.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : https://lamanhiburan.pw/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Diana Danielle Kata Tak Mahu Anak Lagi, Sekali Fazura Bagi Komen Padu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*