Isteri Luah Rasa K3sal, Suami Angkut Mak Bapa Tinggal Bersama Sepanjang Tempoh PKP

Salam semua. Di musim C0vid-19 ini benar-benar menguji para suami isteri yang terperuk kuarantin di rumah. Makin senang g4duh, makin senang cari pasal.

Al kisah suami saya, entah kenapa dia boleh angkut mak ayahnya dari kampung datang ke Kuala Lumpur. Di awalan perancangan saya dah beritahu,

“Jangan dibawa orang tua datang ke sini. Elok-elok dah duduk di kampung, awak bawa ke sini kang kene C0vid-19 menyesal tak guna.”

Tetapi nasihat tak diendahkan. Kesudahannya saya stuck dengan mak ayah dia di rumah kami sendiri apabila RMO dikuatkuasakan. Dah macam ada RMO dalam rumah sendiri.

Saya sepatutnya work from home jadi terbantut apabila mertua saya langsung tidak membantu. Ingatkan bolehlah tolong tengokkan anak bila suami on call, eh tidak. Anak menangis pun saya yang handle.

How to work from home even if you don't have coronavirus - The Verge

Di dapur pun langsung tidak membantu. Handphone melekat di tangan masing-masing. Tengok apa tak tahulah. Orang tua main Facebook, aduhaiii buruk benar perangai. Kalau tak main handphone, tengok Netflix, tak pun tidur. Maklumlah WiFi free. Remote TV macam dah jadi milik mereka, sampaikan anak-anak saya nak tengok kartun kegemaran pun tak merasa. Sed1hnya rasa macam orang asing dalam rumah sendiri.

Bila saya dah siap masak, berpeluh-peluh hidang. Laju masing-masing meluru ke meja makan. Siap tanya, “Eh hidangan ni dah dibuat tiga hari lepas”. Allahu dalam hati saya, dah lauk itu je yang ada dalam peti. Saya masak untuk satu hari terus yakni makan tengah hari sekalilah makan malam. Means hidangan tu banyak jadi pandai-pandailah berjimat untuk makan malam sekali.

Sudahlah tidak membantu di dapur, pinggan mangkuk pun saya yang basuh, lauk makan malam pula dihabiskan. Saya nak suap anak makan malam terk3jut tengok tak ada langsung lauk ditinggalkan. Orang mungkin boleh cakap, apa susah masak sajalah lauk lain. Yaaaa, memang boleh masak. Tapi takkanlah saya nak menggoreng lauk lain di waktu jam 8 malam tu. Masa itulah nak kupas sayur ikan ayam pula ke?

Nak Sambut Tetamu Pun Kena Ada Caranya, Lagi-lagi Kalau Time Tu ...

Kecewanya saya rasa. Saya sendiri pun tak dapat nak makan malam sebab kehabisan lauk. Suami mana tanya, saya dah makan ke belum. Yang dia pasti mak ayahnya ada sekali makan di meja bersamanya.

Suami pula seolah-olah macam buat b0doh langsung tak fikir perasaan penat lelah saya di dapur, di rumah, di bilik. Mak ayah dia bukanlah tua mana. Saya masih menghorm4ti mereka. Tapi kalau dah cawan minuman manis sendiri bersepah depan TV, dalam bilik, atas meja makan, saya naik fedup. Nak dibiarkan nanti kang anak-anak pula terpecahkan cawan. Keropok makan bersepah atas karpet sekadar dipandang saja.

Allahuuu bila nak tamat C0vid-19 ni. Saya letih, saya jadi tak ikhlas dalam membuat semua benda. Baju-baju mereka semua saya basuh dan sidaikan. Saya dah seperti bibik baru dalam rumah sendiri. Saya keletihan sehingga saya tak mampu nak ukirkan senyuman. Sehinggakan suami saya marahkan saya disebabkan muka ketat saya too obvious macam tak sukakan mak ayahnya. Memang tak pandai saya nak menipu riak wajah ni. Kalau saya tak suka, baik saya masak lauk untuk diri sendiri dan anak-anak saja.

Suami siap maki saya dalam WhatsApp. Siap larang lepas ni saya tak dibenarkan lagi berjumpa mak ayah saya sendiri. Diugutnya saya dilarang ke rumah parents sendiri atas sikap dingin saya. Memang tak boleh ke mana-mana pun saya ni, ada kawalan pergerakan kan? Makanya saya cuma buat video call sajalah dengan parent sendiri untuk lepaskan rindu.

Kampung Tok Lembut Vacation Home Langkawi. JIMAT di Agoda.com!

Suami saya mungkin nampak bagus di mata parents dan adik beradik dia tapi bukan dengan isteri dan anak-anaknya. Hanya saya yang tahu baik buruk suami. Mak mertua saya sanjung tinggi suami. Kononnya sanggup ambil mereka dari kampung di musim-musim C0vid-19 ini. Tapi isteri dan anak-anak ibarat:

“Lantak kau situ. Yang penting mak ayah aku ade depan mata untuk aku tengok.”

Habis saya yang masih ada parents dia halang pula. Kenapa wujud suami macam ni dalam dunia? Ya dia anak yang bagus, tapi dia bukan suami dan ayah yang baik untuk saya dan anak-anak. Ya allah pulihkanlah C0vid-19. Aku terlalu penat Ya Allah 😭.

Maaf atas tulisan yang agak panjang tapi inilah luahan hati saya.

Sumber: Kisah Rumah Tangga

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : OMM

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Isteri Luah Rasa K3sal, Suami Angkut Mak Bapa Tinggal Bersama Sepanjang Tempoh PKP"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*