Selamba biar wajah dipicit2 lelaki, gadis ini dikec4m tak jaga batas – “Dia cuma pegang pipi saja…”

“ORANG lelaki memang suka kan picit pipi perempuan? Habis mekap aku.”

Demikian kapsyen yang ditulis seorang gadis di laman Twitter, disertakan dengan beberapa keping foto.

Malangya, foto itu menimbulkan buruk sangka dalam kalangan segelintir individu yang menuduhnya tidak menjaga batas antara lelaki dan perempuan.

Menjawab hal itu, dia yang hanya ingin dikenali sebagai Amyra atau Naddy, 19, mended4hkan tangan lelaki dalam foto tersebut adalah tangan suaminya dan mereka sudah dua tahun disatukan.

“Saya dah berkahwin. Jadi tak ada istilah tak menjaga batas. Sebagai suami isteri, posting saya di Twitter tu tiada sebarang sensitiviti.

“Dia cuma pegang pipi saja. Suami saya jarang main Twitter, reaksi dia biasa sahaja sebab dia dah tahu apa netizen akan komen bila tengok posting macam tu,” ujarnya sewaktu dihubungi mStar.

 

Posting Amyra yang tular di Twitter.

Kata Amyra lagi, dia bersikap positif sahaja meskipun wujud individu yang meninggalkan komen negatif di posting miliknya.

Malah, dia turut memberi nasihat kepada masyarakat supaya lebih berhati-hati sebelum bertindak atau meninggalkan komen di media sosial.

“Pesanan saya. Sebelum berkata sesuatu, selidik dahulu. Saya lebih kepada positif dan neutral sahaja.

Antara posting mengenai Amira yang dikatakan tidak menjaga batas pergaulan.

“Sebab rata-rata netizen hanya tahu menilai sebelum mereka menyelidik terlebih dahulu,” ujarnya yang menetap di Semenyih, Selangor.

Posting itu sehingga kini menerima hampir 2,000 ulang kicau (Retweet) di Twitter.

Saya dah berkahwin. Jadi tak ada istilah tak menjaga batas. Sebagai suami isteri, posting saya di Twitter tu tiada sebarang sensitiviti.

AMYRA

Lebih par4h, salah satu posting yang menuduh Amyra tidak menjaga batas pula menerima lebih 9,000 Retweet.

Malah, ada juga individu yang tidak mengetahui status sebenar Amyra meninggalkan komen agar dia menjauhi zina.

Amyra dan suami sudah dua tahun berkahwin.

Selain kec4man, ramai juga pelayar Twitter yang turut memuji kecantikan Amyra.

Dalam pada itu, ini bukanlah kali pertama dia menerima kec4man di Twitter.

Tweet Amyra yang sebelum ini mendapat perhatian Neelofa.

Amyra sebelum ini pernah tular gara-gara satu tweet berbunyi: “Kalau nak kutvk fizikal orang, make sure muka korang cantik macam Neelofa dulu.

Ia kemudian turut mendapat perhatian pelakon dan pengacara popular itu yang meminta agar semua individu tidak memb4zirkan masa menc3rca individu lain.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Selamba biar wajah dipicit2 lelaki, gadis ini dikec4m tak jaga batas – “Dia cuma pegang pipi saja…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*