Bantulah Artis Svsah Lain, Sy Masih Ada Sedikit Simpanan. Cukuplah Utk Saya Sebatang Kara – Zaiton Sameon

“Saya masih ada sedikit simpanan hasil berniaga. Meskipun tak banyak, tetapi cukuplah untuk kegunaan saya sebatang kara.”

Itu luahan penyanyi veteran, Zaiton Sameon, 64. Bukan kerana smbong menolak sumbangan, tetapi beliau mengakui masih mempunyai sedikit simpanan hasil berniaga rendang dan minyak wangi.

Penyanyi lagu Menaruh Harapan itu berkata, pendapatannya terjejas berikutan perniagaan rendang dihentikan operasi dan tawaran persembahan pula dibatalkan.

Bagaimanapun, katanya, duit simpanan menyelamatkannya untuk meneruskan kelangsungan hidup pada saat getir tidak boleh bekerja.

” Jujurnya, saya sentiasa beringat menyimpan sedikit duit berniaga dan menyanyi. Saya tak tahu nasib kehidupan pada masa akan datang.

” Setakat ini, saya tak memerlukan bantuan. Jika ada yang mahu menghulurkan sumbangan, lebih baik diberikan kepada artis susah yang lebih memerlukan,” katanya kepada BH Online.

Banyak baca al-Quran

Mengulas perkembangan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Zaiton berkata, tidak banyak aktiviti dapat dilakukan, selain duduk berehat dan menggunakan masa senggang untuk beribadah dan membaca al-Quran.

Katanya, dia tidak keluar rumah, hanya memesan barang keperluan secara talian kerana bimbang risiko dij4ngkiti COV1D-19 bagi wanita berusia sepertinya.

Disebabkan PKP, Zaiton berkata, dia terpaksa menangguhkan perniagaan rendang kerana sukar mendapatkan bahan mentah.

” Jualan Rendang Dapur Zaiton Sameon mendapat sambutan menggalakkan. Kami pernah menerima tempahan sebanyak 30 kilogram tempahan, setiap hari.

” Bagaimanapun, saya terpaksa menghentikan operasi kerana kesukaran mendapatkan bahan mentah.

” Setakat ini, saya belum memutuskan membuka tempahan pada Ramadan, biarpun ramai peminat bertanya,” katanya.

Rindu teh tarik mamak

Namun, katanya, dia mengharapkan tempoh PKP segera tamat kerana agak bosan lebih sebulan ‘terperangkap’ dalam dalam rumah.

” Saya rindu menikm4ti teh tarik kedai mamak.

” Jika ikutkan, terasa sangat bosan tak dapat keluar dan hanya memerap dalam rumah. Tetapi, kita kena akur arahan kerajaan demi memutuskan rantaian COV1D-19.

” Rutin akan bertukar apabila tidak dapat keluar ke masjid pada Ramadan ini. Saya juga pasti merindui majlis undangan berbuka puasa.

” Bagaimanapun, dari sudut pos1tif, saya melihat PKP sebagai satu peluang meningkatkan amal ibadat dengan menggunakan waktu yang ada untuk membaca al-Quran dan melakukan solat tarawih di rumah,” katanya.

Kisah pernah raih simpati ramai

Kisah Zaiton Sameon pernah menarik perhatian ramai apabila terbabit dengan kmIangan di Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Batang Kali yang turut meragvt nywa anak tunggalnya, Azirwan Abu Bakar yang berusia 13 tahun di Batang Kali, Selangor pada 21 Februari 1990.

Dalam kmIangan tersebut, Van yang mereka naiki telah dilanggar oleh lori. Seorang lagi yang turut mn1nggI dnia ialah pemuzik pengiring Zaiton, Ismail Shaari.

Beliau telah mengalami g4nggvan emosi selama 11 tahun (Feb 1990-Julai 2001). Dalam tempoh tersebut, rakan-rakannya memberi sokongan dengan menghasilkan “album Kami Bersamamu Zaitun Sameon.”.

Selepas pulih ingatan, beliau kembali aktif menyanyi semula. Pada bulan Jun 2015, Zaiton Sameon mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber: A.U

Apa Kata Anda?

2 Comments on "Bantulah Artis Svsah Lain, Sy Masih Ada Sedikit Simpanan. Cukuplah Utk Saya Sebatang Kara – Zaiton Sameon"

  1. Dato Moe Vibes | April 26, 2020 at 11:41 pm | Reply

    Terbaik sayang Kak Eton k

  2. Dato Moe Vibes | April 26, 2020 at 11:44 pm | Reply

    Terbaik sayang Kak Eton k. Di Dalam rezi Beliau yg X seberapa Beliau ingat juga berjasa dgn ramai artis2 Yang memerkukan Dari beliau yg beehati mulia. Moga kk Eton menjadi IKON yg oositif Di tauladani

Leave a comment

Your email address will not be published.


*