“Jgn sed1h abang, Allah kan ada, nanti kita m3nangis sama-sama dlm doa” – Isteri Ustaz Ebit Lew

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan pada bulan lalu diumumkan, ramai di antara mereka di luar sana yang tidak berkemampuan malah ada di antara mereka yang terputus bekalan makanan. Perkara ini berlaku kerana sekatan dan penutupan banyak premis perniagaan yang telah menyukarkan beberapa mereka keluar untuk mencari wang bagi menampung keperluan sehari-hari.

Tidak hanya berdiam diri dan menutup mata, pend4kwah bebas yang kini semakin dikenali ramai ini mengambil jalan untuk giat membantu mereka yang berada dalam kesusahan. Ebit Irawan Ibrahim Lew telah memutuskan untuk memeluk dan mengenali agama Islam sejak dia berumur 12 tahun lagi. Mesra disapa sebagai Ustaz Ebit Lew, pasti ramai yang sudah tahu bahawa dirinya lahir dari keturunan Cina dan hanya belajar agama Islam melalui gurunya sendiri.

Buat mereka yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa Ustaz Ebit Lew, pasti sudah tahu rutin kegiatan harian yang telah dilakukan oleh Ustaz Ebit sepanjang musim Pkp ini. Tidak memilih meluangkan masa bersama keluarga di rumah, Ustaz Ebit memutuskan untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yg tidak bernasib baik sehingga ke pedalaman kampung sekali pun. Membantu tidak kira bangsa, sikap mulia Ustaz Ebit telah mendapat pujian dari ramai orang termasuk bangsa Cina dan India sekalipun.

Ustaz Ebit mengakui kerana kesibukannya membantu mereka yang di luar sana, dia sehingga tidak berada di rumah selama berhari-hari dan tidak dapat berjumpa dengan anak-anaknya. Sayu melihat kerinduan anak-anak Ustaz Ebit dalam video yang dikongsikan, mereka dikatakan berebut-rebut hendak memeluk erat ayah kesayangan mereka itu.

Siapa saja yang tidak sed1h jika niat baik yang dilakukan telah di salaherti. Hal ini turut dirasakan oleh Ustaz Ebit Lew sendiri apabila ada beberapa pihak yang menyindirnya dengan mengatakan bahawa segala kebaikan yang dilakukannya adalah perbuatan riak sehingga mempertikaikan kenderaan yang dipakai olehnya. Dia turut berkongsi kata-kata semangat yang diberikan oleh isteri tersayang yang dipanggil sebagai bidadari itu telah berjaya menyentuh hati ramai orang.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Setelah berhari tiada dirumah. Perjalanan kali ini terasa sebak banyak saya belajar tentang kehidupan dan muhasabah diri dan rindu hadir sampai menangis teresak-esak. Rindunya bidadari. Rindu anak-anak. Anugerah Allah dalam hidup. Ayah kenapa menangis. Rindu sangat pada bidadari dan anak ayah. Rindu ayah sangat. Ayah pun rindu anak-anak ayah. Ayah nak jadi baby boleh tak? Nak dukung. Seorang lagi ayah nak terbang. Boleh tak ayah . Semua anak berlari rindu nak peluk. Jap ayah mandi bersih-bersih wangi-wangi. Jap-jap yer anakku. Mana pun kita pergi dalam dunia dan apa orang kata. Pelukan bidadari dan anak-anak mengubati segalanya. Nikmat dari Allah. Berebut-rebut semua nak kiss ayah dia. Nak hug semua sekali. Rumahku syurgaku . Bidadari saya walau penat peluk saya dan kata jangan sedih abang, Allah kan ada. Kan dia jaga kita dari dulu sampai bila-bila. Allah punya semua. Nanti kita menangis sama-sama dalam doa-ebitlew

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Video yang dikongsikan oleh Ustaz Ebit Lew di laman Instagramnya itu telah mendapat perhatian dari ribuan netizen yang sentiasa menyokongnya. Walau ada di antara mereka yang tidak bersetuju dengan cara Ustaz Ebit berbagi rezeki, tetapi lebih ramai mereka yang faham dan memberikan sokongan pos1tif agar Ustaz Ebit sentiasa cekal.

Pasti tidak mudah buat Ustaz Ebit dan sekeluarga untuk menelan dan menerima segala tom4han yang diberikan oleh mereka yang tidak berpuas hati. Walaupun begitu, di harap Ustaz sentiasa kuat bagi menghadapi dugaan ini dan tidak berputus asa agar dapat membantu lebih ramai lagi mereka yang kurang bernasib baik di luar sana amin.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber: Instagram Ustaz Ebit Lew/Oren Laici

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Jgn sed1h abang, Allah kan ada, nanti kita m3nangis sama-sama dlm doa” – Isteri Ustaz Ebit Lew"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*