Usah rasa hebat julang Ebit Lew tapi tak santuni Rohingya – Nik Abduh Nik Abdul Aziz

Seorang pemimpin PAS mengingatkan orang ramai di negara ini agar tidak berasa hebat dengan menjulang usaha pendakwah, Ebit Lew, tetapi pada masa sama gagal bersikap santun kepada orang susah lagi tertindas.

Ahli Jawatankuasa Pusat PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, berkata orang Islam sepatutnya menyatakan rasa bersyukur dengan menolong dan membantu umat yang tertindas.

Pada masa sama, katanya, mereka perlu berfikir untuk menyelesaikan isu berkaitan, bukannya menghaburkan kebencian dan dendam.

Membuat kenyataan di media sosial, ahli parlimen Bachok itu juga mengingatkan umat Islam di negara ini, kalau pun tidak mahu mahu mempertahankan hak Muslim Rohingya, mereka jangan sesekali bersuara memburukkannya.

Jelasnya, tindakan memburukkan saudara seagama yang jelas dizalimi dan ditindas adalah satu d0sa besar dan ‘membvnvh’ nilai Ramadan.

“Jika anda tidak mahu mempertahankan hak saudara semuslim anda bangsa Rohingya, maka diam saja.

“Bersuara membvrukkan saudara semuslim yang tertindas oleh kez4liman mvsuh Islam adalah d0sa besar.

“Ia membvnuh nilai Ramadan anda. Ia membvnuh jiwa dan nurani anda. Ia menarik sifat rahmah kurniaan Allah dalam jiwa setiap Muslim.

“Jangan diri berasa hebat menjulang Ustaz Ebit Lew sebagai duta kasih sayang negara, tetapi dalam masa yang sama meninggalkan akhlak mulianya menyantuni orang-orang yang susah, apatah tertindas,” katanya.

Lidah f1tn4h musuh Islam

Isu berkenaan menjadi perhatian ramai di media sosial sejak beberapa hari lalu selepas pihak berkuasa memintas cubaan sebuah bot membawa pelarian Rohingya memasuki negara ini pada 16 April lalu.

Bot tersebut membawa kira-kira 200 orang Rohingya yang mahu memasuki Malaysia menerusi perairan Langkawi.

Langkah itu mendapat kritikan kerana pada sebelum ini pemimpin Umno dan PAS bersolidariti bersama etnik berkenaan.

Pemimpin tertinggi kedua-dua parti juga beberapa kali menyatakan komitmen untuk membela pelarian terbabit melalui siri ucapan masing-masing.

Untuk rekod Umno dan PAS kini menjadi sebahagian daripada kerajaan Perikatan Nasional.

Polemik terbaru juga menyaksikan sesetengah pihak membangkitkan masalah yang dibawa etnik Rohingya dan menjadikan ia sebagai salah satu alasan menjustifikasi sikap kerajaan sekarang.

Perkembangan terbaru itu juga mencetuskan kebimbangan sekiranya krisis pada 2015 berulang kembali. Ketika itu ramai pelarian Rohingya m4ti di lautan selepas negara-negara Asia Tenggara menolak kemasukan kapal mereka.

Dalam pada Nik Abduh juga mengingatkan tentang propaganda musuh yang dirancang rapi untuk menidakkan hak Rohingya di negara asal mereka.

Jelasnya musuh melaungkan bahawa Rohingya tiada hak di Myanmar kerana mereka bangsa b0doh, malas, j4hat, menyusahkan dan tak bertamadun yang kini sedang menyusahkan Malaysia.

“f1tn4h nyata ke atas umat Islam. Tipu daya yang nyata untuk memecah-belahkan umat Islam. Jangan menyambung lidah f1tn4h musuh ke atas Muslim Rohingya.

“Jangan sombong wahai Malaysiaku. Bersyukurlah dengan menolong dan membantu umat yang tert1ndas. Berfikirlah untuk menyelesaikan isu, bukan melangsaikan keb3ncian dan d3ndam,” katanya.

Sumber Malaysia Kini

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Usah rasa hebat julang Ebit Lew tapi tak santuni Rohingya – Nik Abduh Nik Abdul Aziz"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*