Cuba letak diri di tempat pelarian, mufti gesa tolak sikap xenof0b1a

PETALING JAYA: Dua orang mufti mengingatkan masyarakat Muslim di Malaysia bahawa Islam mengkehendaki penganutnya sentiasa bersimpati dan berkasih sayang antara satu sama lain.

Ini susulan serangan bertali arus yang mengkritik dan mengec4m pelarian r0hingya dipercayai berpunca daripada satu berita p4lsu yang mend4kwa etnik itu menuntut hak sama rata dan kerakyatan penuh di negara ini.

“Cubalah letakkan diri kita di tempat saudara kita yang terpaksa melarikan diri dari tanah air mereka seperti pelarian r0hingya ini,” kata Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor kepada FMT.

Foto: Malay Mail

Katanya, umat Islam di Malaysia sentiasa dikurniakan nikmat keamanan dan keselamatan. Malah, ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) berjalan, tiada pihak yang ketinggalan dalam mendapatkan keperluan asas bagi kehidupan harian.

Atas sebab itu, beliau menyeru agar mereka berlembut hati terhadaap nasib malang yang menimpa umat Islam di negara lain.

“Lebih-lebih lagi terhadap saudara seakidah yang ditindas dan dizal1mi.”

Selepas presiden Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik r0hingya Myanmar Malaysia (Merhrom) Zafar Ahmad Abdul Ghani menjadi m4ngsa kepada penyebaran berita p4lsu, rata-rata pengguna media sosial dilihat mula menggesa Putrajaya menghantar etnik itu pulang semula ke negara asal, iaitu Myanmar.

Bagaimanapun, Wan Salim berkata, t1ndakan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menolak bot yang membawa pelarian r0hingya adalah demi kedaulatan dan keselamatan negara.

“Cuma kita harapkan pihak kerajaan dapat bertindak secara waras dan berperi kemanusiaan dalam menangani 1su pelarian r0hingya.

“Ini bagi mengelakkan tragedi kemanusiaan berlaku ke atas mereka,” katanya.

Foto: ISMAWeb

Sementara itu, Mufti Pahang Abdul Rahman Osman berkata, isu membabitkan komuniti r0hingya di negara ini sengaja diperbesar-besarkan oleh pihak tertentu yang berniat untuk melaga-lagakan komuniti itu dengan rakyat Malaysia.

Baginya, rakyat Malaysia secara tidak langsung perlu membantu komuniti r0hingya kerana mereka merupakan golongan yang secara jelas memerlukan bantuan, setelah terpaksa lari dari negara asal selepas mendapat ancaman.

“Pada bulan Ramadan ini, kita hentikanlah berbalah atau memburukkan antara satu sama lain dalam mana-mana media sosial. Berpuasa ini tujuannya adalah untuk membersihkan hati, serta perlu juga menahan lidah, mata dan telinga.

“Jika tidak, apa yang kita lakukan ini hanyalah semata-mata menahan lapar dan dahaga sahaja.

“Kenapa hendak besar-besarkan benda ini, sedangkan isunya tidak ada. Saya tidak nampak. Mungkin ada seorang atau 2 orang r0hingya ini yang mengeluarkan kenyataan tertentu, tetapi ia hanya dilakukan orang itu sahaja, bukan semua mereka.

“Dalam 1su r0hingya, kita sebagai umat Islam sepatutnya balaslah kejahatan dengan kebaikan, seperti dalam hadis Rasulullah yang menyebut kita kena membantu orang yang dizal1mi serta mencegah kezal1man,” katanya.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber: FMT/Hiburan All HMT

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Cuba letak diri di tempat pelarian, mufti gesa tolak sikap xenof0b1a"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*