“Keluarga Daiif Huni P0ndok Uzvr,” Terpksa T0lak Tawaran Rumah Sewa Ebit Lew

Umum sedia maklum, ustaz Ebit Lew sudah memulakan kerja amal dengan membantu sebuah keluarga yang menghuni pondok buruk di kebun getah di Kampung Air Kembai, Kupang, Baling.

Terdahulu, ustaz Ebit Lew telah merancang untuk mencarikan rumah sewa buat keluarga tersebut, bagaimana pun difahamkan tawaran pendakwah tersebut terpaksa ditolak.

Terpaksa tolak

Menurut Megat Noor Asyeqi Megat Hussin, 36, dia terpaksa menolak tawaran rumah daripada ustaz Ebit Lew berikutan kawasan itu tidak mempunyai kediaman untuk disewakan.

Pindah rumah ibu

Justeru, memandangkan pondok yang dihuni terpaksa dir0bohkan, lalu dia telah merancang untuk membawa keluarganya berpindah sementara ke rumah ibunya, Salmah Isa, 61, di Kampung Asam Jawa, Kupang.

“Mengikut perancangan, kami akan berpindah sementara ke rumah ibu di Kampung Asam Jawa kerana pondok akan dirobohkan hari ini…”

Tambahnya lagi, meskipun sudah ada rumah di Pekan Baling, yang ditawarkan oleh ustaz Ebit, dia memilih untuk tinggal bersama ibu berikutan lebih dekat untuk ke kebun getah.

Dalam pada itu, Ustaz Ebit pagi tadi, turut berjanji membelikan tilam, katil dan perabot baharu sebaik rumah yang akan dibina Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim siap selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : RM

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Keluarga Daiif Huni P0ndok Uzvr,” Terpksa T0lak Tawaran Rumah Sewa Ebit Lew"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*