“Bahagiakan Bini, Macam2 Allah Bagi. Mungkin Bukan Pada Kita Tapi Melalui Isteri..”

Setelah berkahwin, sudah menjadi kebiasaan sekiranya berlaku pergaduhan kecil sehingga masing-masing tidak bertegur sapa dalam tempoh tertentu.

‘Makhlok Macho’ atau dikenali sebagai Bengah berkongsi pengalaman dimana katanya seorang suami perlu membahagiakan isteri selain merendahkan ego bagi memperoleh kemanisan dalam rumah tangga.

“Bang tak pernah bergaduh ke dengan isteri?”

”Gaduh je. Hari hari bergaduh! Tapi takde lah berlarutan.. bukan bergaduh macam zaman bercinta sebelum kahwin, ini dah satu rumah, satu bilik, satu katil.. tapi kena beringat la SEBAB ada SATU pintu yang nak kena jaga.. iaitu pintu bilik!  kena PKP (Perintah Keluar Persenduan) nanti kalau tak jaga silaturahim dengan baik.

Teringat kebodohan diri sendiri dulu.. kalau bergaduh je keluar rumah. Pergi jela mana mana untuk tenangkan diri.. paling lama gaduh dengan isteri dulu seminggu! Lepastu menyerah balik rumah minta maaf sebab masing masing rindu. Nak kenal pasangan ni bukan sehari dua.. tapi selama kita hidup.

Tengok contoh Ustaz Ebit Lew.. bagaimana beliau mengasihi isteri dan keluarganya. Isteri ni.. memang bidadari untuk suami. Dia marah macam mana pon.. dia tetap buatkan air, dia marah? Dia tetap masak sedap sedap.. dia marah! Dia tetap basuh baju.. Dia marah? Dia memang tetap akan marah sebab itu sifat wanita nak perhatian. 

Pernah gadvh dengan isteri.. merajuk tak nak makan masakan isteri walaupon ada duit tapi rasa tak cukup nikmat. Tak kenyang.. tak lengkap rasanya hidup ni. Buang ego.. minta maaf dan berbaik balik. Baru lah dapat nikmat kehidupan…

Takyah gaduh la dengan isteri. Bagi je dia menang.. Bengah teringat isteri cakap “penat 9 bulan mengandungkan anak! sakit nak lahirkan anak!” dia lupa agaknya suami selalu ada disisi tapi orang lelaki jangan ego.

Bagi je isteri menang.. bila dia menang kita yang senang bukan kalah.Bahagiakan isteri ni.. macam macam Allah bagi. Kalau bukan dekat kita.. tapi melalui isteri.. ya! Melalui isteri.. rezeki anak. Keluarga yang sekarang tengah terbina ni.

Kalau kalian lihat pasangan yang bahagia.. bukan semua kebahagiaan itu sempurna, sempurna itu bila kita saling melengkapi bertolak ansur dan memahami pasangan.Esok tak tahu nak gaduh pasal apa.. tadi gaduh tak tutup kipas bilik, jadi gaduh jela kalau itu boleh membahagiakan. Normal kan?

Lepas bergaduh walau sikit.. minta maaf, pelvk je, puji isteri cantik ke kurus ke? Dapat pahala.. Kalau isteri terbaca karangan ni hingga habis.. suami selalu sayang isteri dan anak. Kerana Allah Taala 

Terdahulu, Bengah atau nama sebenar Hammad Zamakhshari Mohd Noor menjadi popular di media sosial selepas sering menghasilkan video bersama adik istimewanya, Afiatul Salsabiila.

Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan kata-kata Bengah dan mendoakan agar keluarganya kekal bahagia sampai ke jannah.

Sokong apa yang bengah coretkan diatas

So sweet Bengah

 

 

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber: Afiatul Salsabiila/Rimbabara Daily

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Bahagiakan Bini, Macam2 Allah Bagi. Mungkin Bukan Pada Kita Tapi Melalui Isteri..”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*