“Jangan Ada Sifat C3mburu, Dend4m Dengan Mvsuh.” Live Bersama Ustaz Ebit Lew Mengundang Air Mata.

Sepanjang bulan Ramadan, ramai selebriti mengambil peluang untuk mengadakan live di platform Instagram bersama individu yang pakar dalam bidang agama. Tlndakan demikian secara tidak langsung dapat berkongsi ilmu dan menggalakkan orang ramai mengerjakan kebaikan.

Live Instagram antara pelakon Zizan Razak dan penceramah bebas iaitu Ustaz Ebit Lew mendapat lebih kurang 257 ribu penonton. Antara topik menarik dalam live tersebut adalah berkenaan sedekah pada musim Perlntah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menjadi isu semasa.

Menerusi live berdurasi 1 jam itu, Zizan Razak sempat bertanyakan mengenai cara membantu orang kurang bernasib baik dengan bersedekah kepada Ustaz Ebit Lew. Bagaimanapun, penceramah bebas itu berpendapat seseorang individu yang dikenali dan mempunyai pengikut ramai di media sosial perlu melakukan sedekah secara terang-terangan supaya menjadi contoh kepada orang lain.

Sedekah ada dua jenis, terang dan sembunyi. Dalam hadis nabi ada sebut, kedua-duanya baik. Ada waktunya buat kita bersedekah secara terang dan ada waktu secara sembunyi. Kedua-duanya baik. Dalam Al-Quran ada menyebut mengenainya.

Dalam hadis Nabi sendiri ada menyebut “Barang siapa mulakan kebaikan dan orang lain mengikutnya akan dapat pahala”. Apabila kita mula berikan sedekah, insyaallah Allah tambahkan. Allah janji siapa sedekah Allah tambah.

Selain itu, Ustaz Ebit Lew turut menasihati umum untuk teruskan berbuat kebaikan dan jadikan contoh kepada masyarakat. Dia turut menasihati usah punyai perasaan c3mburu atau d3ndam dengan mvsuh kerana setiap manusia ada kebaikan yang tidak dapat kita lihat.

Seburuk-buruk orang ada kebaikan dia. Bila kita maafkan orang hati tenang. Buat kebaikan mungkin awal-awal ada perasaan rlak tapi lama-lama akan wujud keikhlasan. Yang penting sentiasa buat amal jariah, sedekah, mudahkan urusan orang lain dan sebarkan dakwah secara berterusan. Allah sayang kita semua.

Sebelum menamatkan live tersebut, Zizan mengucapkan terima kasih dan meluahkan penghargaan kepada Ustaz Ebit Lew dan petugas barisan hadapan (frontliner) yang bertungkus lumus sepanjang menghadapi w4bak penyaklt ini.

Saya mewakili rakyat Malaysia berterima kasih kepada ustaz kerana membuatkan orang berjuang. Semua orang sudah panggil ustaz hero. Ustaz antara frontliner. Saya doakan ustaz sihat sentiasa.

Di akhir video tersebut, Ustaz Ebit Lew membacakan doa kesejahteraan buat ibu bapa, isteri dan anak-anak. Begitu juga doa yang dititipkan buat setiap orang miskin dan anak yatim agar dipermudahkan urusan harian mereka serta diampunkan dosa.

Video ini telah undang s4yu dan menyentuh hati dengan doa yang dibaca sehinggakan Zizan turut mengalirkan air mata.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber: Oh Bulan!/VIDEO VIRAL

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Jangan Ada Sifat C3mburu, Dend4m Dengan Mvsuh.” Live Bersama Ustaz Ebit Lew Mengundang Air Mata."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*