“Makcik Kiah kena game!” – Menteri Kewangan Kena Perli #BankerJagaBanker Sebab Isu Moratorium ‘U-Turn’

Sejak semalam kecoh di Twitter apabila netizen berasa marah dengan keputusan perubahan pelan moratorium yang diumumkan Bank Negara Malaysia.

Rata-rata netizen membantah perubahan prosedur moratorium hire purchase loan dan pembiayaan Islamik berkadar tetap yang diumumkan Bank Negara semalam. Mana tidaknya, perubahan itu membuatkan peminjam yang mengambil moratorium perlu bayar interest.

Malah, mereka menggunakan hashtag #BankerJagaBanker dan tujukan khas kepada Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz. Menurut Malaysiakini, bekas ketua pegawai eksekutif CIMB Group Holdings itu kini menjadi sasaran serangan netizen di internet.

Antara yang dikatakan netizen adalah all in all sebenarnya mereka tak pedulikan langsung kepentingan dan kebajikan rakyat. Seorang netizen turut berkata situasi ini membuktikan betapa rapuhnya sistem di negara kita.

Ada juga yang tertanya-tanya kenapa Tengku Zafrul buat pengumuman keputusan ini semalam, sehari sebelum sambutan Hari Pekerja.

Ramai yang bengang kerana mengenangkan nasib rakyat-rakyat yang dipotong gaji dan dibuang kerja disebabkan krisis Covid-19 ini. Pada mulanya beban sedikit ringan apabila moratorium ini diumumkan dulu tapi sekarang macam mana pula mereka yang terjejas ni nak bayar?

Bagaimanapun, BNM hari ini menafikan telah membatalkan keputusan mengenai penangguhan pembayaran enam bulan untuk kedua-dua pinjaman tersebut.

Penangguhan pembayaran masih secara autom4tik untuk Sewa Beli dan pembiayaan Islam berkadar tetap.”

BNM berkata perubahan terbaru dalam prosedur, yang memerlukan peminjam “melengkapkan dokumen untuk memberikan kebenaran yang sah bagi moratorium ini dilaksanakan”, tidak dapat dielakkan.

Bank pusat itu turut berasa kesal di atas kekeliruan dan kebimbangan yang telah timbul ekoran pengumuman yang dibuat.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : LM

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Makcik Kiah kena game!” – Menteri Kewangan Kena Perli #BankerJagaBanker Sebab Isu Moratorium ‘U-Turn’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*