Dr Noor Hisham Tampil Bersuara,Beliau Risau Ada Yang Gag4l Mematuhi Prosedur PKPB Selepas 4hb Mei Nanti,Ini ‘Amaran’ Dr Noor Hisham!!

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memberi peringatan agar perniagaan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan jika tidak ingin berdepan risiko dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) jika berlaku penularan Cov-19.

“Apa yang pasti mereka kena patuh pada SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM). Kalau mereka tidak patuh, kita akan lihat tindakan (yang boleh diambil).

“Kalau ada penularan kes di satu kawasan atau lokaliti (seperti kilang), kita akan jalankan (kuatkuasakan) PKPD, iaitu kita akan tutup kawasan tersebut dan laksanakan saringan,” katanya ketika sidang media di Putrajaya hari ini.

Katanya, mereka di kawasan itu yang didapati positif Cov-19 akan diasingkan manakala kontak rapat mereka akan dikenakan kuarantin.

Katanya lagi, pemantauan dan penguatkuasaan untuk setiap sektor dan kawasan akan dibuat oleh pihak berkuasa dan kementerian yang bertanggungjawab.

Noor Hisham berkata demikian ketika ditanya tentang perancangan KKM berkaitan perintah kawalan pergerakan (PKP) bersyarat yang akan berkuat kuasa 4 Mac ini.

Terdahulu hari ini, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan penguatkuasaan PKP bersyarat bermula 4 Mei bagi membuka semula ekonomi.

MKN juga mengeluarkan garis panduan bagi perniagaan dan kegiatan yang dibenarkan semula nanti.

Dr Noor Hisham berkata, KKM menyokong kelonggaran PKP memandangkan negara kini dalam fasa pemulihan wabak Cov-19.

Setakat pukul 12 tengah hari tadi, sebanyak 69 kes baru Cov-19 direkodkan. Ia menandakan hari ke-17 berturut-turut kes baru di bawah angka 100.

Secara keseluruhan, sebanyak 4,210 pesakit – atau 69.3 peratus daripada jumlah kes – telah sembuh dan dibenarkan pulang.

Setakat ini, Malaysia mencatat jumlah keseluruhan 6,071 kes Cov-19, dengan 103 k0rb4n.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber Artikel : https://www.malaysiakini.com/

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Dr Noor Hisham Tampil Bersuara,Beliau Risau Ada Yang Gag4l Mematuhi Prosedur PKPB Selepas 4hb Mei Nanti,Ini ‘Amaran’ Dr Noor Hisham!!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*