Isu Boiikot Hnya Cakap Kosong! Ini Prk0ngsian Vivy Yusof Di Instagram Buat Ramai Tak Sangka

Baru-baru ini hangat diperkatakan umum nama usahawan terkenal Vivy Yusof gara-gara isu sens1itif yang tercetus antaranya dengan netizen berkaitan merendahkan golongan B40 dan juga M40.

Kemudiannya, ikon fesyen bertudung ini turut terpalit dengan meniru konsep tudung dari jenama orang lain. Justeru, ramai yang menyuarakan untuk meminggirkan atau tidak lagi membeli produk yang dihasilkan dari usahawan terbabit.

PRODUK TERBARU dUCk LAKU KERAS

Nampaknya, suara-suara tersebut hanya lah gimik semata-mata kerana dikhabarkan jenama dUCk laku keras dan berjaya terjual keseluruhan hanya dalam masa 30 minit sahaja.

Difahamkan dUCk meraikan ulang tahun keenam dengan melancarkan 6 produk istimewa edisi terhad buat pelanggan setia mereka sejak semalam.

“The Birthday Collection is almost sold out! I thought I’d just be celebrating with Snowy, but you just made our birthday a whole lot better! Thank you dUCkies. There’s TWO more suprises today. Stay tuned for my next post.”

LAMAN WEB SAMPAI SESAK TERUK UNTUK PENGGUNA BUAT PEMBELIAN

Sehubungan dengan itu, ramai yang berlumba-lumba untuk dapatkan edisi terhad ini sebagai koleksi dan simpanan peribadi mereka. Menurut peminat dUCk, mereka mengadu yang laman Fashion Valet mengalami sesak teruk di saat ingin membuat pembelian.

Hal tersebut ada dikongsikan oleh Vivy sendiri menerusi laman Insta Story yang menunjukkan kebanyakan pelanggan yang gigih mendapatkan produk istimewanya.

Dia juga dilihat sempat memohon maaf berikutan tidak dapat menambah atau pun restock produknya itu biarpun ramai peminat meminta berbuat demikian.

ISU PINGGIRKAN dUCk TAK MENGGAMBARKAN SITUASI SEBENAR

Melihat kepada situasi ini, dapat disimpulkan bahawa kuasa membeli serta permintaan di atas talian sangat lah tinggi. Isu untuk tidak menyokong perniagaan Vivy Yusof pula nampaknya tidak memberi apa-apa kesan terhadap usahawan tersebut buat masa ini.

Apa pun dalam perniagaan memerlukan strategi permasaran yang bijak serta berkualiti seiring mencapai matlamat yang diinginkan oleh pengguna itu sendiri. Tahniah Vivy Yusof!

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : Meecks.com

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Isu Boiikot Hnya Cakap Kosong! Ini Prk0ngsian Vivy Yusof Di Instagram Buat Ramai Tak Sangka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*