Elyana Masih Larat Berpuasa Walaupun Bertarung Melawan Kans43r

Pelakon dan penyanyi, Emeelya Elyana Emrizal atau lebih mesra disapa Elyana masih bertarung melawan kans3r Limfoma tahap 4 yang dihidapinya sejak 8 tahun lalu. Namun, isteri dan juga ibu kepada dua cahaya mata ini tetap positif meneruskan rutin harian bersama keluarga tersayang.

Berkongsi perkembangan kesihatannya kepada BH Online, Elyana memberitahu bahawa dia masih s4kit namun tidaklah seteruk seperti dahulu. 

“Saya masih pes4kit kans3r  empat di mana sel kanser masih wujud dalam badan. Cuma, sekarang, sakit saya tidak seteruk seperti awal-awal dahulu.

“Alhamdulillah, tahap kesihatan saya sekarang biasa sahaja. Kadang-kadang saya s4kit, ada kalanya tidak.

“Ada juga masanya saya penat, seperti mahu ke tandas pun saya letih. Bagaimanapun, semuanya baik-baik sahaja sekarang,” katanya kepada BH Online.

Elyana mengaku sudah lebih setahun dia tidak berjumpa doktor atau pergi membuat pemeriksaan di hospital.

“Kali terakhir saya ke hospital adalah awal tahun lalu untuk menjalani r4w4tan radioterapi selepas sel k4nser menyerang tulang belakang.

Kongsi Elyana, tahap kesihatannya itu mungkin kesan daripada amalan pemakanannya.

Bertanya mengenai ibadat puasa, Elyana bersyukur masih mampu menunaikannya.

“Alhamdulillah, saya masih larat berpuasa memandangkan saya juga tidak perlu memakan ubat mengikut masa tertentu.

“Anak saya, Cinta Sumayyah yang berusia sembilan tahun pun berpuasa penuh. Jadi, malulah kalau saya tidak berpuasa.

“Kebetulan, sebelum saya mengambil anak angkat tahun lalu, saya mengupah pembantu rumah. Jadi tidaklah memenatkan untuk mengasuh anak angkat,” katanya.

Tahun lalu, Elyana mengambil Cahaya Ramadhani sebagai anak angkat. Pada 17 Mei ini, Cahaya genap setahun.

Sama-sama kita doakan Elyana terus kuat dan sembuh suatu hari nanti 

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : Cari

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Elyana Masih Larat Berpuasa Walaupun Bertarung Melawan Kans43r"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*