“Lepas Ni Jangan Duk Menggedik Dengan Sajat. Jadikan Pengajaran” – Aliff Syukri & Shahida ‘Berbaik’ Kembali

Sebelum ini agak kecoh di media sosial tentang hubungan dingin antara Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya, Datin Seri Shahida.

Pelbagai spekulasi dibuat oleh netizen berdasarkan kepada Instagram kedua-dua belah pihak dan merujuk kepada apa yang mereka tulis di sosial media masing-masing.

Hidup usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri sunyi dan kosong selama empat bulan berjauhan dengan keluarga.

Membuang jauh ego yang menguasai diri, Aliff akhirnya kembali ke pangkuan isteri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid dan anak-anaknya selepas empat bulan meninggalkan mereka.

Menerusi entri dimuat naik dalam Instagram (IG), semalam, usahawan kontroversi itu memberi bayangan seakan kemelut rumah tangga kembali jernih.

Menerusi hantaran yang memuat naik gambarnya bersama anak bongsu, Raudhah Arshiyah, Aliff menjelaskan, apa yang berlaku bukan gimik meraih publisiti, sebaliknya kehidupannya juga seperti orang biasa, ada kala berdepan dengan pasang surut dalam rumah tangga.

“Rindu sangat nak pelvk anak saya, Raudah. Empat bulan berjauhan dari anak-anak membuatkan hidup terasa kosong. Saya buang ego dan kembali ke pangkuan keluarga.

“Lama menyepi bukan merajuk, cuma muhasabah diri untuk menjadi manusia yang soleh, menghargai, matang dan apa yang saya perlukan dalam hidup.

“Apa yang berlaku bukan gimik, tetapi saya juga seperti orang biasa yang ada pasang surut dalam rumah tangga,” tulisnya.

Aliff berkata, berpisah dengan keluarga bukan perkara mudah dilalui, tetapi dia bersyukur kerana ia menjadikan dirinya lebih matang dan menghargai orang.

“Jujurnya bukan mudah dilalui, tetapi Alhamdulillah, Allah SWT dan keluarga menjadi keutamaan saya. Saya ingin menjadi Aliff Syukri yang baru, lebih matang dan menghargai semua orang terutama isteri, anak-anak, ibu dan keluarga.

Semalam, setelah sekian lama, Shahida memuat naik sekeping gambar bersama Syukri dan seorang anak di Instagram miliknya.

Dengan kepsyen, “lengkap dah family Raudhah Arshiyah”, gambar tersebut mendapat pelbagai ucapan tahniah buat mereka berdua dan nasihat buat Aliff Syukri.

“Lepas ni jangan duk menggedik dengan sajat lagi dah. Jadikan Pengajaran,” komen ctnurkasih kepada Aliff Syukri.

Aliff Syukri sendiri turut meninggalkan komen “I love u sayang” dengan emoji berbentuk hati dan turut dibalas dengan emoji berbentuk hati oleh Shahida.

Menampakkan lagi ada perubahan yang ketara, Instagram Aliff Syukri turut tertulis sesuatu yang baru di profile miliknya.

“I’m back dengan nafas baru dan diri baru,” seolah membayangkan dia bakal melakukan perubahan dalam kehidupannya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Lengkap dah family Raudhah Arshiyah ❤️❤️ . Tudung @as.legacymalaysia

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on

Menerusi perkahwinan Aliff dan Shahida, pasangan itu dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem, Yusof Al Qardawy dan Raudhah Arshiyah.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : GEMPAK

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Lepas Ni Jangan Duk Menggedik Dengan Sajat. Jadikan Pengajaran” – Aliff Syukri & Shahida ‘Berbaik’ Kembali"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*