Tidak Lagi Bergelar Menteri, Syed Saddiq Mula Dedahkan Jumlah Sebenar Gajinya Ketika Jadi Menteri

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyerahkan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasatnya dan mengakui sudah memberikan kerjasama penuh sejak kes itu mula disiasat hampir dua bulan lalu.

Syed Saddiq berkata, sekali lagi ada yang mencuba untuk kaitkan dirinya dengan rasu4h sedangkan beliau menyertai politik untuk bersihkannya, bukan untuk kedudukan dan kewangan.

” Dahulu ada yang mencuba kaitkan saya dengan kes rasu4h tetapi sampai sekarang tidak dibuktikan langsung.

” Sekarang ada lagi yang mencuba. Saya nak ingatkan beberapa perkara iaitu saya sendiri yang melaporkan kes ini ke pihak polis. Kalau duit rasu4h, buat apa saya nak laporkan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya, hari ini.

Menurutnya, wang yang hilang adalah milik beliau dan keluarga serta sudah membuat laporan polis mengenai wang itu untuk tujuan renovasi rumah.

” Kalau duit rasu4h, kenapa kita nak laporkan. Walaupun diberikan AP semasa jadi menteri, saya tiada langsung membeli kereta mewah, tiada Toyota Vellfire, tiada kereta mewah dan saya juga tiada aset yang mahal atau baru yang dibeli.

” Saya juga tiada rumah baru, kecuali rumah yang dimiliki saya dan keluarga di Shah Alam yang mula dibeli sejak sebelum jadi menteri,” katanya.

Katanya, apabila berkhidmat di Kementerian Belia dan Sukan, beliau adalah salah seorang menteri pertama yang mengisytiharkan aset dan juga mengamalkan dasar tender terbuka untuk semua kontrak.

” Tiada seorang pun kontraktor yang dapat kontrak dari saya, semua perlu melalui jawatankuasa tender yang bebas daripada campur tangan menteri.

” Sampai sekarang saya tidak faham mengapa ada keperluan untuk menteri makan rasu4h kerana gaji tinggi, elaun tinggi dan belum masuk lagi pembayaran secara ‘one-off’,” katanya.

Berapa sebenarnya gaji menteri?

Tambahnya, gaji menteri dan ahli parlimen berjumlah RM55,000 sebulan tidak termasuk kalau kerap balik kawasan atau hadiri program yang jauh dari pejabat, kerana ada insentif tambahan.

” Elaun ‘one off’ pinggan dan mangkuk RM42,000 serta elaun tahunan percutian RM70,000. Manakala elaun makanan setiap hari RM180 seorang dengan had maksimum untuk tuntutan belanja makan, tidak kira jumlah orang.

” Selain itu elaun pindah rumah RM10,000 dan apabila diberhentikan sebagai menteri, dapat lagi pembayaran ‘one-off’ sebanyak RM150,000,” katanya,

Sementara itu, perkongsian Syed Saddiq itu mendapat reaksi positif warganet yang menasihatinya bersabar dan kekal berintergriti.

” Jangan takut kalau kita tidak buat salah atau terima rasu4h. Yg selalunya takut dengan bayang-bayang sendiri adalah org yg melakukan kesalahan n menerima rasu4h. Syabas YB. Kebenaran sentiasa berada bersama2 dgn org yg jujur n amanah.” tulis Sam

 

Apendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : Sumber : 2 min read

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Tidak Lagi Bergelar Menteri, Syed Saddiq Mula Dedahkan Jumlah Sebenar Gajinya Ketika Jadi Menteri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*