Proses Pembersihan Masjid dan Surau Terpilih Di Wilayah Persekutuan Berjalan Lancar, Sedia Terima Jemaah Untuk Solat Jumaat

Baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri mengumumkan solat Jumaat dan solat berjemaah dibenarkan di semua masjid dan surau terpilih di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Dalam pada itu menerusi akaun Facebook rasmi, beliau menzahirkan rasa gembira dan berkongsi satu video proses pembersihan masjid dan surau terpilih berjalan dengan lancar dan bersedia untuk menerima jemaah untuk solat Jumaat.

Menurut beliau, mereka yang terlibat dalam solat Jumaat ini tidak melebihi 30 orang dan tidak kurang daripada 3 orang.

Difahamkan, beliau dimaklumkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), solat Jumaat dan solat berjemaah di masjid, surau Jumaat dan surau terpilih di zon hijau ini hanya melibatkan:

1. Pengerusi Masjid/Surau Jumaat dan ahli jawatankuasa;

2. Pegawai-pegawai dan Petugas Masjid/Surau Jumaat/surau terpilih;

3. Jemaah yang yang ditentukan oleh Jawatankuasa Masjid/Surau Jumaat/surau terpilih serta mendapat jemputan dari Jawatankuasa sahaja.

Senarai masjid, surau Jumaat dan surau terpilih di zon hijau akan dimaklumkan oleh pihak JAWI dan garis panduan lengkap pelaksanaannya boleh didapati di Facebook JAWI.

Alhamdulillah…

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Umber : LM

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Proses Pembersihan Masjid dan Surau Terpilih Di Wilayah Persekutuan Berjalan Lancar, Sedia Terima Jemaah Untuk Solat Jumaat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*