Ini Senarai penuh pendapatan bulanan MP PH. Mukhriz paling juara

Putrajaya , 4 Mac: Baru-baru ini Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia melalui portal pengisytiharan harta di https://mydeclaration.sprm.gov.my/ telah mengemaskini data mengenai pendapatan bulanan dan aset ahli parlimen, senator dan setiausaha politik kerajaan. Setakat ini portal tersebut telah menyenaraikan pendapatan dan aset seramai 145 orang.

Dari jumlah itu, 120 ahli parlimen kerajaan telah melakukan pengisytiharan manakala baki 9 orang lagi belum berbuat demikian termasuk ahli parlimen Port Dickson yang baharu, YB Dato Seri Anwar Ibrahim.

TTKM mendapati pendapatan bulanan paling tinggi kini dijuarai oleh anak perdana menteri, merangkap menteri besar Kedah, YB Dato’ Seri Muhkriz Mahathir yang juga timbalan presiden PPBM dengan pendapatan bulanan berjumlah RM 105 641.76.

Naib juara pula jatuh kepada timbalan speaker dewan rakyat, YB Nga Kor Ming yang juga pengerusi DAP Perak dengan pendapatan bulanan berjumlah RM 101 160.00.

Manakala tempat ketiga pula disandang menteri besar Perak, YB Dato’ Seri Ahmad Faizal Bin Azumu merangkap Ketua Badan Pimpinan PPBM Negeri Perak dengan pendapatan bulanan berjumlah RM 91 150.00

Tempat keempat pula jatuh kepada menteri kewangan, YB Lim Guan Eng merangkap setiausaha agung DAP dengan pendapatan bulanan berjumlah RM 86 736.48.

Berikut merupakan antara senarai penuh dimulakan dengan pendapatan bulanan paling tinggi dan diakhiri dengan paling rendah. :

sumber: TTKM

Elaun pinggan mangkuk tarik perhatian netizen

SELEPAS sehari memuat naik ciapan menerusi akaun Twitter miliknya mengenai elaun diterima ketika masih bergelar menteri, laman sosial Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu terus dihujani pelbagai komen netizen.

Penjelasan beliau berhubung beberapa bayaran diterima termasuk elaun ‘one off’ pinggan mangkuk berjumlah RM42,000 terus menjadi perhatian orang ramai.

Setakat jam 6 petang hari ini, status berkenaan diulang ciap lebih 7,000 orang dengan lebih 600 komen serta disukai hampir 10,000 netizen.

Ramai yang mempersoalkan bayaran terlalu tinggi termasuk menyifatkan jumlah diterima itu boleh digunakan untuk menggajikan 10 orang doktor .

“Kalau Saddiq (Syed Saddiq) tak tulis ni, sampai la (sekarang) ni kita tak tau (tahu) menteri ada allowance pinggan mangkuk dan untuk apa,” ciap The Huda.

Nocrex pula menulis ‘tetiba rasa nak jadi menteri je. Punyalah banyak allowance. Itu pun masih ada yang nak makan rasvah. It’s ok YB. Jika anda benar, tak perlu takut,” katanya.

Sementara Abdul Munir pula bertanya apakah elaun itu adalah untuk pembelian pinggan mangkuk bagi kegunaan rumah.

“Pinggan mangkuk RM42,000 tu apa? Pembelian pinggan mangkuk untuk rumah ke?,” katanya.

Semalam, Ahli Parlimen Muar itu dalam satu kenyataan menyerahkan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat dan sudah memberikan kerjasama penuh sejak kes kehilangan wang tunai di rumahnya disiasat hampir dua bulan lalu.

Beliau turut berkongsi gaji menteri dan ahli parlimen berjumlah RM55,000 sebulan tidak termasuk kalau kerap balik kawasan atau hadiri program yang jauh dari pejabat, kerana ada insentif tambahan.

Ia termasuk elaun ‘one off’ pinggan dan mangkuk RM42,000 serta elaun tahunan percutian RM70,000, manakala elaun makanan setiap hari RM180 seorang dengan had maksimum untuk tuntutan belanja makan.

Selain itu, elaun pindah rumah RM10,000 dan menerima pembayaran ‘one-off’ sebanyak RM150,000, selepas diberhentikan sebagai menteri.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : MB

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Ini Senarai penuh pendapatan bulanan MP PH. Mukhriz paling juara"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*