Lelaki Berani Beri Alasan Ini Kepada Polis Tak dapat Jual Durian Sebab PKP Tapi….

KUALA LUMPUR 13 APRIL 2020. Kelihatan kesesakan di jalan Ampang ekoran kenderaan memasuki pusat bandar ketika melalui sekatan jalan raya pada tinjauan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan Covid-19. NSTP/ASWADI ALIAS.

Aidilfitri menjelang tiba lagi beberapa hari.

Lazimnya kemeriahan disambut dengan bermain mercun atau bunga api terutama di malam hari menjelang raya.

Tambahan pula orang ramai mudah mendapat stok mrcun atau bunga api yang dijual berleluasa di tepi jalan sahaja.

Namun tindakan seorang lelaki menjual bunga api dan mercun secara terbuka di tepi jalan di Taman Nuri, Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar mengundang pad4h apabila dia dit4han polis, semalam.

Lelaki berusia 37 tahun itu dit4han pada 7 malam ketika sedang menunggu pelanggan di kawasan itu.

Turut ditemui sejumlah mercun dan bunga api dalam beberapa kotak di belakang but kereta Proton Wira miliknya selain sebahagian lagi di tempat duduk belakang kenderaan itu.

Beri alasan tak dapat meniaga durian

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, ketika ditahan dia memberi alasan hendak mencari wang lebih kerana tidak dapat berniaga durian yang menjadi punca pendapatannya sebelum ini kerana harganya mahal.

Malah, dia turut memberi alasan hendak menghabiskan stok mercun dan bunga api itu yang dibeli sejak Tahun Baru Cina untuk mengelakkan kerugian.

Bahkan, lelaki itu juga mend4kwa kononnya mempunyai permit untuk menjual barang larangan itu namun polis merampas kesemua bunga api dan mercun itu untuk siasatan lanjut.

” Lelaki itu ditahan mengikut Sksyen 8 Akta Bahan Letvpan dan Kakisan 1957.

” Kesemua mercun dan bunga api yang dirampas dianggarkan bernilai RM7,000,” katanya hari ini.

Menurutnya, siasatan mendapati, lelaki itu pernah terbabit dalam kegiatan penjualan mercun sebelum ini.

” Penjualan mercun perlu mendapat permit dari polis namun setakat ini tiada permohonan dibuat untuk penjualan mercun tahun ini,” katanya.

Mohd Rozi berkata, ini adalah kes pertama membabitkan tangkapan mercun ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika musim perayaan.

Beliau berkata, pihaknya akan menahan sesiapa yang didapati menjual atau bermain mercun di daerah ini sekiranya memperoleh maklumat.

Komen warganet

Sementara itu menerusi ruangan komen di Facebook, rata-rata menasihatkan orang ramai supaya tidak melanggar peraturan.

Terdapat juga yang meminta pihak berkuasa ‘berlembut’ dengan peniaga ini kerana tak akan kaya pun jual mercun, tambahan pula ramai kehilangan punca pendapatan ketika PKP ini.

” Lepaskan jela, mungkin tak sedar dan tak tahu . lagipun musim pkp ramai yang hilang punca pendapatan jadi dia kne meniaga tu” tulis Amid

” Jual la ayam golek. Orang kata jual ayam golek sekarang ni boleh pergi Mekah balik hari. Betul ka?” komen Rodi

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : Limauais

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Lelaki Berani Beri Alasan Ini Kepada Polis Tak dapat Jual Durian Sebab PKP Tapi…."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*