Suami Lafaz C3rai Waktu PKP, Tak Sangka Peguam Syarie Ini Bagi Penyelesaiannya!

e-SSM Portal

Cukup menge3utkan! Berdasarkan data Mahkamah Syariah, permohonan kes c3rai rujuk sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu hingga sekarang merekodkan kenaikan luar biasa.

Perkara ini disahkan sendiri oleh peguam syarie, Rabiatul Adawiyah Ramli, yang menyifatkan peningkatan tersebut ‘memaksa’ Mahkamah dibuka dalam tempoh PKP.

“Pengesahan lafaz c3rai rujuk ni antara kes-kes mendesak yang menjadi keutamaan dan perlu dibicarakan segera”

Tambah beliau, faktor-faktor perceraian yang paling kerap diterima adalah ma4alah kewangan dan kehadiran pihak ketiga. Maka apabila terlafaznya cerai semasa PKP ini, pasangan yang berpisah tetap perlukan pengesahan daripada pihak Mahkamah.

“Andaikata dalam tempoh ini, suami ada melafazkan cerai dan tidak melafazkan lafaz rujuk, apa yang perlu dibuat oleh isteri ialah, isteri perlulah duduk di rumah cuma asingkan bilik tidur dahulu, kerana tidak tahu status lafaz cerai itu sama ada sah ataupun tidak.

Sebaiknya disegerakan tindakan untuk mengesahkan lafaz cerai itu tadi walaupun dalam tempoh PKP ini, bagi mengelakkan perkara atau masalah lain pula yang timbul nanti,” jelas Rabiatul.

==================================

Bagi meningkatkan kefahaman pasangan suami isteri yang mahu berpisah, Rabiatul memberi penjelasan panjang lebar tentang maksud perceraian ini.

Perceraian bermaksud melepaskan atau menghuraikan ikatan perkahwinan.

Jenis lafaz perceraian ada dua iaitu dalam bentuk jelas (sorih) atau tidak jelas (kinayah). Kalau kita dengar lafaz, ‘Aku ceraikan engkau’, itu lafaz yang sorih dan perceraian akan tetap berlaku walaupun tanpa niat.

Berbeza jika lafaz berbentuk kinayah (atau sindiran), contohnya, ‘Baliklah kau ke rumah mak ayah engkau’ atau ‘Mulai hari ini, kita buat cara hidup kita masing-masing’ maka ia perlu disahkan di Mahkamah dan perlu bergantung kepada niat, jika niat untuk menceraikan, maka jatuhlah cerai.

Jika tidak, perceraian tidak berlaku.

Perceraian zaman moden juga berlaku melalui sistem khidmat pesanan ringkat seperti WhatsApp, Twitter, Instagram, e-mel dan lain-lain lagi. Ia juga boleh terjumlah kepada bentuk talak.

Nona: Siapa yang boleh tentukan sah atau tidaknya perceraian itu berlaku?

Hanya Mahkamah Syariah sahaja yang boleh menentukan secara rasmi dan muktamad sama ada suatu lafaz yang diucapkan oleh suami itu tadi sama ada jelas atau sindiran boleh menyebabkan kepada perceraian ataupun tidak. Bukanlah peguam, ustaz ustazah, imam masjid, orang awam dan sebagainya.

Nona: Langkah yang mesti diambil oleh suami isteri jika suami telah melafazkan cerai di luar Mahkamah?

  • Langkah pertama, laporkan perceraian itu dengan kadar segera sebaiknya dalam tempoh 7 hari.
  • Kedua, mendapatkan pengesahan perceraian itu tadi.
  • Ketiga, setelah mahkamah sabitkan jatuh perceraian, maka hendaklah didaftarkan di pejabat agama.

Sebelum kita pergi lebih jauh, jom kenal pasti dahulu jenis-jenis perceraian supaya mudah dikenal pasti sesuatu tuntutan di Mahkamah nanti.

Jenis-jenis perceraian ini terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu, cerai dengan persetujuan bersama atau dengan perintah mahkamah, kedua secara taklik, ketiga fasakh, seterusnya perceraian secara tebus talak ataupun dipanggil khuluk.

Perceraian dengan persetujuan atau perintah Mahkamah ini bermaksud suami atau isteri ini telah membuat tuntutan di Mahkamah atau melantik peguam syarie mewakilkan mereka untuk bercerai sekiranya kedua-dua pihak bersetuju.

Seterusnya perceraian secara taklik ini bermaksud lafaz cerai yang dikaitkan dengan suatu janji ketika suami lafaz selepas akad nikah disempurnakan. Suami akan diarahkan untuk membaca lafaz taklik.

Contohnya, lazim lafaz taklik ialah sekiranya suami meninggalkan isteri lebih daripada 6 bulan tanpa memberi nafkah zahir dan batin secukupnya, atau sekiranya suami memukul atau mendera atau mendatangkan mudarat kepada isterinya. Inilah lafaz taklik yang dibaca oleh suami.

Tujuan lafaz taklik ini adalah untuk menjaga isteri ini dan sekiranya salah satu lafaz yang dibaca tadi dilanggar, isteri boleh membuat aduan di Mahkamah. Perceraian taklik ini boleh juga berlaku jika suami memberi amaran kepada isteri dengan lafaz, ‘Kalau keluar dari rumah ini, jatuh talak satu’, ini juga merupakan lafaz taklik dan perlu pengesahan di Mahkamah.

Seterusnya perceraian secara fasakh. Bermaksud pembatalan atau pembubaran perkahwinan antara suami isteri melalui perintah Mahkamah.

Si isteri boleh mohon fasakh di mahkamah. Pembuktian yang harus dibuktikan oleh isteri dalam tuntutan fasakh adalah agak berat. Kelebihan fasakh ini boleh dijalankan secara sebelah pihak jika suami enggan datang walaupun serahan saman telah berjaya dilakukan.

Antara alasan dalam permohonan fasakh ialah, suami telah menghilangkan diri dalam tempoh lebih satu tahun. Kedua, suami cuai dalam memberikan nafkah lebih 3 bulan. Ketiga, suami dihukum penjara tempoh lebih 3 tahun. Keempat, suami tidak menunaikan nafkah batin tanpa sebab yang munasabah dalam tempoh satu tahun, dan dengan alasan yang munasabah. Seterusnya, suami telah m4ti pucuk dalam tempoh perkahwinan dan isteri tidak tahu suaminya telah m4ti pucuk masa perkahwinan.

Selain itu, perceraian secara tebus talak atau dipanggil khuluk bermaksud suatu perceraian yang diminta oleh isteri dengan memberi sejumlah wang kepada suaminya. Antara alasan isteri memohon tebus talak ialah, suami kerap menyakiti hati isteri sehingga isteri telah tawar hati terhadap suami.

Walaupun suami tidak bersetuju dengan tebus talak ini, akan tetapi jika Mahkamah telah berpuas hati atas alasan-alasan yang diberikan isteri, Mahkamah akan teruskan juga dengan tebus talak.

Lepas dah terlafaz cerai atau dah bercerai, kebiasaanya akan berlakulah sesi rujuk merujuk ni kan. Untuk berdamai semula contohnya. Jadi meh ambil tahu dulu Rujuk ni apa?

Rujuk ni maksudnya kembali. Lebih memberi maksud ‘Mengembalikan isteri dalam talak rajie’, dalam ikatan perkahwinan dengan suaminya menggunakan lafaz tertentu dalam tempoh iddah. Talak yang boleh dirujuk itu hanyalah dua kali sahaja.

Merujuk kepada surah Al-Baqarah Ayat 228 bermaksud, dan wanita-wnaita yang diceraikan itu, mereka mengurung diri mereka selama tiga kali suci.

Maka, dalam tempoh itu, suami boleh merujuk kembali isterinya yang telah diceraikan tadi. Jadi di sini, Imam Al-Syafie juga telah mengulas, dengan memperbaiki talak adalah dengan memperlakukan rujuk.

Apakah kayu ukur yang diambil kira untuk seorang suami itu merujuk semula kepada isterinya?

Mengikut Imam Al-Syafie, tidak sah perbuatan rujuk seorang suami melaikan dengan hanya perkataan. Jadi sekiranya dengan perbuatan dengan menyetubuhi isteri, maka ianya tidak sah rujuk tersebut selagi mana ia mampu untuk mengucapkan lafaz rujuk.

Mengikut kitab Al Majmuk Annawawi yang bermaksud, sekiranya seorang lelaki itu menyetubuhi isterinya dalam tempoh iddah rajie, menciumnya atau menyentuhnya, maka dengan demikian itu tidak berlakunya rujuk walaupun dengan niatnya ingin merujuk. Maka disini menerangkan, rujuk mestilah melalui lafaz, bukanlah perbuatan.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : NONA

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Suami Lafaz C3rai Waktu PKP, Tak Sangka Peguam Syarie Ini Bagi Penyelesaiannya!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*