Time bersalin, hanya Along yg dtg. Umur 13 tahun Urusan semua . Si ayah mmg taknak ambil kisah

e-SSM Portal

Foto sekadar hiasan.

November 2018..

Asskm dan salam sejahtera semua. Baru2 ni kawan aku ada shared di ‘whatsapp group’ sajak bertajuk Kasihannya Perempuan Ituuu… Itu lah aku, sering disalahkan dalam setiap pekara. Mungkin disebabkan mas kahwin dan hantaran aku hanya senaskah Al-Quran dan sepasang telekung aku disia siakan.

Dewasa aku di sebuah pusat jagaan anak anak yatim. Ibu men1nggal setelah melahirkan aku dan ayah pula men1nggal kerana brah paru paru ketika aku berusia 7 tahun.

Sebelum arw4h ayah ‘pergi’, ayah telah menghantar aku ke rumah anak yatim kerana padanya selepas dia ‘pergi’ tiada siapa yang akan menjagaku memandangkan ayah seorang mualaf berbangsa Cina.

Dari situ aku belajar untuk bedikari. Aku berjaya mendapat keputusan yang baik dalam SPM. Cita cita aku menjadi seorang pendidik dan untuk meraihnya aku perlu keluar dari situ. Aku perlu bekerja untuk menampung kos belajar di IPT. Pada usia aku 18 tahun, aku mulakan dengan bekerja sebagai pembantu tukang masak disebuah restoran Cina muslim.

Pada usiaku 20 tahun aku berjaya melanjutkan pelajaranku di sebuah kolej swasta. Aku masih lagi bekerja di restoran itu. Siang aku belajar, malam pula aku bekerja. Dari situ lah aku mengenali suamiku merupakan seorang pelanggan tetap di restoran itu.

Kadang kadang dia datang sendirian dan kadang kala bersama keluarga. Hubungan kami berkekalan sehingga aku tamat belajar. Akhirnya kami bernikah.

Pada bulan pertama aku bergelar isteri, suami aku kemlangan. Syukur kerana hanya meng4lami luka luka kecil sedangkan keretanya remuk. Suamiku menyalahkan aku kerana tidak maklumkan kepadanya bahawa brake kereta tidak berfungsi dengan baik, memang kereta itu aku yang sering bawa untuk ke pasar atau kemana mana sahaja. Tetapi sewaktu aku menggunakannya, semua dalam keadaan baik.

Beberapa minggu selepas itu pula ayah mertuaku jatuh ketika mandi di bilik air. Nasib menyebelahi ayah, keadaannya stabil dan tidak meng4lami apa apa kecederaan. Aku juga disalahkan, aku dimarahi oleh suamiku kerana tidak menjaga ayahnya dengan baik sedangkan pada waktu itu adik iparku (lelaki) turut ada di dalam rumah itu.

Semenjak daripada itu, aku sering di salahkan. Apa jua yang berlaku, semua kesalahan diletakkan kebahu aku termasuk kadang kala keperluan dapur tidak mengcukupi. Dia akan bertanyakan kemana perginya duit belanja RM 200 yang dia bagi tiap tiap bulan padaku.

Akhirnya aku mengambil keputusan untuk kembali bekerja, mungkin suami aku tidak mampu lagi menanggung nafkah keluarga sendirian memandangkan ibu, ayah dan tiga orang lagi adiknya tinggal bersama dan kos belanja semakin tinggi. Hidupnya tertekan dan aku jadi tempat dia lepaskan amarah.

Dia izinkan dengan syarat jangan minta dia berpindah, menyewa rumah lain. Aku setuju dengan syaratnya memandangkan ibu, ayah dan adik adiknya menerima dan melayan aku dengan sangat baik.

Aku dapat kerja dengan mengajar di sebuah sekolah swasta. Separuh dari gajiku, aku habiskan dengan membantu membeli barang barang dapur dan keperluan harian.

Apabila suamiku melihat aku sudah bekerja dan punyai duit sendiri, dia tidak lagi memberi nafkah padaku. Aku cuba berfikiran positif memandangkan dia lebh memerlukan untuk mnjelaskan bil2, hut4ng kereta, motor dan hutang rumah ke bank.

Sangkaanku tidak tepat, tiba tiba aku dapat beberapa surat dari bank dan mengatakan semuanya tertunggak. Bergitu juga dengan air dan elektrik, mereka telah datang untuk memotong bekalan.

Mujurlah aku ada duit dan aku jelaskan semuanya walaupun hampir mencecah ke 4 angka. Aku tidak mahu tidur bergelap dan bangun pagi ke kerja dalam keadaan tidak mandi.

Bila aku bertanyakan tentang semua itu kepadanya dengan tanpa rasa bersalah dia pvkul aku. Buat kali pertama selepas 6 bulan aku menjadi isterinya kaki tangan dia naik ketubuh aku, mujur lah ada ayah mentua aku menghalangnya dari terus memukvl aku.

Semnjak hari itu, aku yang tanggung segalanya. Kos harian, bil bil dan segala hut4ng piutang bank kerana aku tidak sanggup melihat ibu, ayah dan adik beradiknya merempat jika rumah ditarik, tidur dalam keadaan gelap dan kami keputusan bekalan air jika bil tdk dijelaskan.

Walaupun aku hanya menantu, mereka melayan aku baik ibarat ahli keluarga sendiri itulah impian aku, untuk hidup bekeluarga walaupun hanya menumpang kasih.

Suatu hari ibu ada bertanya pada aku dan dia, bila lagi kami nak ada zuriat. Suamiku tiba tiba menjadi baran dan menjawab dia tak nak ada anak lagi kerana ekonomi rumah tangga kami belum stabil.

Aku sed1h kerana dalam rahim ku pada waktu itu sememangnya sudah wujud satu nyawa yang di panggil zur1at. Cuma aku tunggu masa yang sesuai untuk bagitahunya. Aku hairan dengan jawapannya, jika dicampur gajiku bersama gajinya, ditolak hutang rumah, kereta, motor dan belanja keluarga memang berlebihan.

Tuhan lebih mengetahui dan Dia tunjuk segalanya padaku.

Suatu malam, sedang aku kemas kemas baju uniform kerjanya untuk dicuci. Aku terjumpa beberapa keping kertas. Aku yakin kertas itu datang daripada pusat pusat judi dan rumah rumah urut. Aku menasihatinya dengan lembut supaya tidak berlakunya perkelahian.

Tetapi dia tetap juga meng4muk dan memukul aku dengan bertubi tubi sehingga aku meng4lami pendrahan. Bila melihat aku berdrah banyak, dia segera membawa aku ke h0spital. Alhamdulillah kandungan aku selamat.

Melihat keadaan aku bergitu, dia memaksa aku untuk menggugurkan kandunganku kerana dia tidak mampu nak tanggung lagi. Aku merayu dan berjanji tidak akan meminta satu sen pun duit darinya jika dia izinkan aku melahirkan anak ini. Puas aku merayu akhirnya dia bersetuju.

Lepas daripada peristiwa itu, dia tanpa segan silu membawa pulang kertas kertas dan resit resit judi di dalam poketnya dan dia juga turut pulang dalam keadaan mabvk mabun kesan daripada pengambilan alkhol yang berlebihan.

Mungkin juga aku berasal dari rumah anak yatim, aku tidak dihargai. Takpalah demi anak aku yang sorang ni aku bersabar, dua belas tahun berlalu. Anak pertamaku telah pun genap 12 tahun.

Dulu aku down. Kadang kala fikir nak m4ti jer. Kemana lagi arah aku nk pergi. Mak bapak aku pun dah lama meninggalkan aku terkontang kanting dimuka bumi. Saudara mara entah kemana. Tapi bila aku baca sajak tu, hari2 aku baca, aku jadi kuat. Aku tahu bukan aku sahaja yang tersiksa. Ramai lagi diluar sana yang senasib. Aku tak tahu kalian ada baca tak sajak tu. Aku nk shared kat sini aku takut yang aku shared tu dah diubah sebab aku tengok ramai yang dah shared dan ada yang dah ubah perenggan dia.

Doakan aku kuat. Anak aku yang pertama baru habis UPSR.. Dan yang bakal lahir nanti. Kali ini pun aku jugak d salahkan sebab mengadung lagi. Dia kata dia tak mampu nak bagi makan dan belanja, barang barang dah mahal..Tapi bagi aku ni rezki. Aku bekerja, gaji aku tinggi dan aku akan tggung semuanya sebab memang dari dulu aku tanggung semuanya…

Dia??…Hanya tahu makan dan tidur. Gajinya habis ke rumah2 urut dan judi. Mujur lah mertua aku sayangkan aku, menjaga aku dalam pant4ng masa lahirkan anak pertamaku dulu ibarat anak kandungnya sendiri. Aku hanya fikirkan mentua aku ni baik jer dan terlampau sayangkan anak aku yang pertama ini, aku tunggu… Kalau ikutkan hati, nak jer aku lari jauh bawa diri dan anak2.

Baru2 ini, aku terjumpa k0ndom yg masih belum digunakan dalam poket baju suami aku. Dia kata tu kawan dia punya dia tolong belikan. Tapi aku tidak percaya. Hati aku terdetik bahawa dia kini sedang berjinak jinak dengan perempuan jalanan memandangkan tiap kali aku nk clearkan story di browser aku ternampak page page pelcuran yang suami aku search.

Aku harap tanggapan aku salah dan Allah lindung aku serta anak dalam kandungan ini daripada peny4kit kelamin atau A1DS… Aku tidak berani untuk bertanya lagi bimbang aku akan dis4kiti. Jadi aku ambil keputusan untuk diam. Doakan aku kuat sehingga aku selamat bersalin awal thn depan…

09 April 2019 (Update)

Masa beredar dengan pantas sekali. Walaupun hari hari yang aku lalui amat sulit dan perit, namun demi anak anak, aku kena kuat. Kini aku sedang berada di ‘labour room’ untuk melahirkan puteri hati yang aku tunggu selama 9 bulan.

Doakan semua baik2 kerana diluar sana tiada waris yang tunggu jika berlaku apa apa pada aku atau baby. Bukaan still 5cm. Kenapa tiada waris yang tunggu…? Biarlah ianya menjadi rahsia Allah Swt.

Alhamdulillah aku telah selamat melahirkan puteri hati. Aku sangka tiada waris yang tunggu memandangkan aku dari tempat kerja terus ke h0spital. Rupanya ada anak sulong yang setia menanti. Dia juga yang telah azankan adik perempuannya dengan merdu sekali. Tolong pakaikan aku stokin dan hantar keperluanku . Bila aku bertanyakan papanya. Dia hanya jawab.

“Biar la bu. Along ada. Along temankan ibu dan jaga adik”

Jam 7pm tadi dia balik uruskan uri adiknya. Baru 13 tahun, dia dah pikul tanggungjawab yang sepatutnya seorang ayah yang lakukan. Semoga syurga buat kamu anak.

10 April 2019

Arini Along datang, terpaksa cuti sekolah sebab nak bantu aku ‘discharge’. Uwan dengan atok tunggu baby Umairah pulang kat rumah jer sebab atok s4kitkaki. Along datang curi curi bawa motor. Susah hatiku bila bayangkan keadaan along bawa motor redah ribuan kereta di tengah bandaraya.

Semalam pun bawa motor juga tapi aku tak tahu. Sangkaan aku, semalam along datang dengan teksi jadi aku tidak bertanya banyak padanya. Pagi ni nampak along bawa naik helmet. Along kata helmet semalam kena cvri sebab tinggal kat parking. Ya Allah anak ibu.

Along bagitahu, papanya dah ambil kereta semalam di h0spital, aku husnuzon saja, mungkin nak cepat atau guard tak bagi masuk sebab dah malam, jadi tak dapat tengok Umairah.

Pagi tadi papanya bagi duit suruh along tuang minyak motor, tapi untuk bil h0spital papanya minta aku jelaskan sendiri sebab papanya blm gaji. Takpa aku faham. Memang dari dulu aku yang uruskan setiap perbelanjaan.

Cuma aku bagitahu along, aku tak boleh naik motor dengan dia. Minta dia tolong carikan teksi, kemudian balik dengan aku naik teksi. Motor tu nanti minta papa ambilkan. Doakan aku sihat ye kwn2 supaya aku boleh uruskan along dan Umairah. Kesian along..

11 April 2019

Alhamdulillah. Umairah bebas dr H1V atau A1DS. Walaupun masa ‘checkup preggy’ di KK, aku negetif H1V atau A1DS. Tapi aku belum berpuas hati bimbang terkesan pada bayi apbila lahir nanti. Ternyata Allah mendengar rintihanku, Dia lindungi Umairah. Sepanjang kehamilan aku murung, bimbang tentang kesihatan Umairah apabila dilahirkan kelak.

Tadi papanya ada jenguk Umairah sebelum keluar. Dia usik2 pipi dan dagu Umairah. Comel katanya. Tapi papanya ingatkanku supaya tidak susahkan dia nanti sebab untuk melihat Umairah lahir ke dunia adalah pilihanku.

Tak mengapa lah, aku tak kisah dengan peringatan papanya tadi kerana papa dah usap Umairah dan katanya Umairah comel dah besar maknanya padaku. Cukup la buat hatiku berbunga. Walaupun aku isteri hanya pada nama, tanpa nafkah zahir dan batin lagi, aku tetap horm4ti dia sebagai seorang suami walaupun dia banyak mengecewakan perasaan aku.

Semenjak aku hamilkan Umairah, aku langsung tidak perdulikan setiap apa yang dia buat… Kerana aku takut jika aku dikasarinya. Aku juga akan menolak setiap keinginanya untuk ‘bersama’. Disebabkan itu, dia abaikan aku. Aku doakan dia akan diberi pertunjuk dan hidayah untuk pulang ke pangkal jalan.

Aku tanya along, siapa yang cuci uri. Along jawab, along yang cuci sambil uwan ajarkan. Saya tanya lagi, along tak takut dan geli ke tengok ur1. Along jawab.

“Geli tu memang lah. Drahkan najis. Tapi kalau along tak buat, siapa nak buatkan, takkan nak biar camtu jer. Uwan sama atok tak sihat. Itukan drah daging along. Redhaa jer la kan bu. ”

Sambil senyum tayang gigi kapak dua batang dia yang besar tu. Lucu sungguh anakku itu.

Terima kasih kerana sudi mbaca luahan hatiku. Cukuplah sampai disini dahulu. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Doakan kebahagiaan aku dan anak2 maka seluruh alam akan berdoakan kepada kalian kembali.

Kisah asal : Nur Sumaiyah Abdullah

Kredit : Tangisan Hati Seorang Wanita

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : Edisi Maya

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Time bersalin, hanya Along yg dtg. Umur 13 tahun Urusan semua . Si ayah mmg taknak ambil kisah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*