Terkini – Tun M Dan Mukhriz Dipec4t Dari Bersatu, Hanya Kerana Melakukan Perkara Ini

Pengerusi Bersatu yang dipertikaikan, Dr Mahathir Mohamad, Timbalan Presidennya, Mukhriz Mahathir dan tiga yang lain hari ini dipec4t daripada parti itu.

Berdasarkan surat yang dilihat Malaysiakini, kelima-lima mereka dipecat atas alasan duduk di bangku pembangkang semasa persidangan Dewan Rakyat pada 18 Mei lalu.

Surat berkenaan ditandatangani oleh setiausaha kerja Bersatu, Muhammad Suhaimi Yahya.

Tiga pemimpin lain yang sehaluan dengan Mahathir iaitu Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, serta anggota Majlis Tertinggi Bersatu Maszlee Malik dan Amiruddin Hamzah turut dipec4t.

Mahathir merupakan pengerusi Bersatu, manakala Mukhriz merupakan timbalan presiden parti itu.

Dipecat atas alasan duduk di bangku pembangkang

Difahamkan, mereka dipecat atas alasan duduk di bangku pembangkang semasa persidangan Dewan Rakyat pada 18 Mei lalu.

Menurut surat berkenaan, keputusan untuk memecat mereka dibuat berdasarkan artikel 10.2.2 dan 10.2.3 perlembagaan Bersatu.

Ia antara lain menyatakan status individu sebagai anggota akan diberhentikan serta-merta sekiranya didapati menyatakan hasrat mereka untuk meninggalkan parti atau secara rasmi bergabung dengan parti politik lain.

Menjawab pertanyaan media, seorang pembantu kepada Mahathir berkata bekas perdana menteri itu meninggalkan pejabatnya di Putrajaya dan belum melihat salinan surat berkenaan.

Khabar angin mengenai rancangan menyingkirkan Mahathir dan penyokongnya berlangsung sejak awal bulan ini dengan mesyuarat Majlis Tertinggi Bersatu yang kemudian ditangguhkan dipercayai akan menyokong keputusan itu.

Bersatu berpecah selepas ‘Langkah Sheraton’ yang menyaksikan presiden partinya, Muhyiddin Yassin mengetuai majoriti pemimpinnya membentuk Perikatan Nasiona (PN).

Mahathir merancang untuk melakukan usul tidak percaya terhadap Muhyiddin dan duduk di bangku pembangkang bersama empat anggota Parlimen Bersatu yang lain semasa persidangan Dewan Rakyat pada 18 Mei lalu.

Suhaimi tiada kuasa pecat pemimpin Bersatu, kata Marzuki

Dalam pada itu, Pengerusi Bersatu Pulau Pinang, Marzuki Yahya berkata Setiausaha Kerja Bersatu, Muhammad Suhaimi Yahya tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan surat pemec4tan tersebut.

Menurutnya, perlembagaan Bersatu memberikan kuasa sedemikian kepada setiausaha agung, sedangkan setiausaha kerja tidak diiktiraf dalam perlembagaan parti.

” Orang yang mengeluarkan surat itu harus dipecat dan kandungan surat itu sama sekali tidak ada asas. Tun dan yang lain masih sah sebagai ahli,”katanya.

Marzuki berkata beliau masih merupakan setiausaha agung parti itu dan urusan berkaitan keahlian berada di bawah bidang kuasanya.

Tambahnya, pemec4tan anggota juga sepatutnya dirujuk kepada lembaga disiplin dan Majlis Tertinggi parti terlebih dahulu, namun perkara itu tidak dilakukan.

Tun M dan yang lain bukan dipec4t, keahliannya terhenti secara automatik

Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama empat lagi Ahli Parlimen Bersatu dengan sendirinya terkeluar dari parti itu kerana mereka sengaja memilih untuk menyertai blok pembngkang pada sidang Parlimen 18 Mei lalu.

Penganalisis politik, Dr. Kamarul Zaman Yusof berkata, terdapat silap faham dalam kalangan masyarakat, termasuk portal berita tertentu yang beranggapan Dr. Mahathir, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Datuk Amiruddin Hamzah, Dr. Maszlee Malik dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah dipecat atau diberhentikan keahlian.

“Apa yang berlaku, terkeluarnya keahlian mereka dari Bersatu kerana perbuatan sendiri yang memilih untuk menyertai Ahli Parlimen dari parti pembngkang lain duduk di blok bukan penyokong kerajaan semasa sidang Parlimen berlangsung pada 18 Mei lalu.

“Perbuatan mereka ini melnggar Perlembagaan Bersatu khususnya Fasal 10.2.3 yang memperuntukkan bahawa keahlian mana-mana ahli yang menyertai atau menjadi ahli mana-mana parti politik lain di negara ini adalah terhenti secara serta-merta.

“Perlu diingatkan, nasib menimpa mereka bukan kerana dikenakan tindakan disiplin di bawah Fasal 23 Perlembagaan Bersatu, tetapi kerana melakukan tindakan yang menyebabkan keahlian mereka terhenti secara serta-merta di bawah Fasal 10.2 Perlembagaan Bersatu,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Media semalam melaporkan, Tun Dr. Mahathir dan anaknya, Mukhriz antara lima Ahli Parlimen yang dipecat Bersatu dengan alasan mereka menentang penubuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekarang.

Surat pemecatan mereka ditandatangani Setiausaha Kerja Bersatu, Muhammad Suhaimi Yahya bertarikh 28 Mei 2020.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : Limau Ais

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Terkini – Tun M Dan Mukhriz Dipec4t Dari Bersatu, Hanya Kerana Melakukan Perkara Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*