“6.30 pagi mertua dah ketuk pintu bilik”- Raya pertama lalu, lepas mertua call suami tahan nangis. Terus tak jadi nak balik beraya

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum. Aku Mimi, sudah berkahwin, ada seorang anak. Aku ceritakan sikit latar belakang aku. Aku berkahwin atas restu kedua pihak.

Walaupun pada mulanya, memang ada konflik antara ibu dan bakal ibu mertua aku (mertua aku marah mak aku tanpa usul periksa dan salah dari anak diaorang sendiri which is tunang aku masa tu) tapi Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.

Setelah berkahwin, suami memilih untuk tinggal sementara dirumah mertua memandangkan suami masih tak dapat kerja tetap dan ada bilik kosong yang selesa untuk kami. Suami aku hanya ada 3 beradik, jadi aku fikir tak susah lah untuk aku serasi dengan semua orang.

Tapi, setelah 3 bulan berkahwin, mak mertua aku mula gunakan kuasa veto as “queen”. Hampir semua yang aku buat, tak kena. Dia bentak aku. Dia marah. Dia panggil aku untuk “berbincang” tapi isinya cukup buat aku rasa terhina.

Dia pesan supaya aku menjaga penampilan diri suapaya suami aku tak cari lain sebab katanya dekat luar tu ramai lagi orang cantik cantik dari aku, sedangkan aku sakit waktu tu, seminggu aku tak dapat bangun dan urus diri.

Kalau kami keluar, dia akan whatsapp suruh balik cepat atau pesan siap siap balik nanti kena tolong dia kemas rumah, mop lantai dan sebagainya.

Dia pernah ketuk pintu bilik aku pukul 6.30 pagi sebab nak suruh aku tolong dia siapkan sarapan dekat dapur. Dia pernah bukak pintu bilik aku tanpa minta izin, sedangkan dia tahu aku dengan suami ada dalam bilik.

Dia ambil hadiah hadiah kahwin aku mana yang dia berkenan dan mahal mahal tu untuk kegunaan dia dekat rumah juga tanpa izin. Time aku balik rumah mak ayah aku, dia selalu whatsapp kadang suruh balik dan sebagainya.

Pernah juga dia whatsapp aku dan suami, marah marah katanya toilet dalam bilik kiteorang, kotor sampai geli nak guna. Aku pelik, sebab sebelum aku keluar aku mesti pastikan bilik air cuci dan bersih. Bila tanya bapak mertua aku, dia snap gambar toilet. Rupanya, ada kesan rambut yang terlalu sikit je.

Kalau nak cerita, banyak lagi benda lain yang dia buat. Dia pernah tolak aku time pregnant, dia pernah tepis tangan aku bila nak bersalam. Dia pernah, berpaling muka dari pandang aku. Dia pernah hina keluarga aku, dia hina aku. Banyak. Terlalu banyak.

Semua nie berlaku, bila dia terasa hati dengan suami aku. Sedangkan punca dia terasa hati tu pun, sebab dari sikap dia sendiri. Mak mertua aku jenis sayang anak tak bertempat pada pandangan aku. Bila anak dia salah, sehabis boleh dia akan usaha untuk menafikan.

Jadi, bila dia geram atau nak marah, dia akan lepaskan pada aku. Beberapa tahun, aku cuba senyapkan sendiri. Tahan, pendam. Mak mertua aku demand semua hak dia sebagai ibu kepada anak lelaki. Jadi, aku banyak makan hati.

Keluarga aku pun banyak beralah bila sesuatu tu berkait dengan family mertua aku. Aku tak tahu lah kalau kalau dalam tak sedar, mak ayah aku sed1h dengan sikap kami yang nampak macam lebihkan family in law aku. Ampunkan saya, mak ayah..

Akhirnya, kami pindah rumah lepas berlaku satu kejadian yang lebih teruk. Aku tak boleh cerita dekat sini. Nanti confessions nie jadi terlalu panjang.

Terbaru, hari raya pertama baru nie. Aku dengan suami memang dah maklum awal pada keluarga mertua yang raya tahun nie kami akan beraya dengan keluarga aku. Memandangkan kami semua duduk dalam satu negeri, tak jadi masalah lah untuk kami berulang.

Nak dijadikan cerita, suami aku kena kerja shift malam, malam sebelum raya dan malam hari raya. Jadi agak penat lah.

Hari raya pertama, lepas habis shift habis kerja dalam pukul 7 pagi, suami aku terus bersiap dan gerak balik rumah mak ayah aku, sampai dalam pukul 8.30 pagi. Kami siap siap untuk solat, bermaafan, bergambar, makan semua. Jadi dalam pukul 1 tengahari dah settle.

Aku suruh suami aku rest dulu sebelum balik rumah parents dia. Sebab aku taknak kalau balik sana nanti, dia tidur je. Macam takde function lah kan raya tidur je. Hahaha. Dah la nak berziarah tak boleh sangat. Jadi aku pilih untuk dapatkan kualiti masa yang baik.

Walaupun mungkin sekejap, tapi biar berbaloi. Dalam pukul 4 petang suami aku bangun dan kami terus bersiap. Tengah kami bersiap, bapak mertua aku call. Suami aku angkat, tapi dia diam je. Sambil mata merah tahan nak menangis. Suami aku suruh aku keluar bilik sekejap sampai dia selesai bercakap.

Aku keluar sambil siapkan bekalan untuk family mertua aku. Bila suami aku keluar dari bilik, dia cakap jom dan “tak jadi balik Putrajaya..” aku lagi lah musykil kenapa pulak dah. Kan nak raya dengan family dia. Dia tak jawab apa apa, tapi aku dapat hidu macam ada sesuatu yang jadi. Isteri kan ada 6 senses. Haha.

Rupanya, masa call tu dia kena marah dengan bapak mertua aku. Macam macam ayat suami aku dapat. Tanya bila nak sampai, tanya kenapa sekarang baru nak siap dan akhirnya dia cakap “tak payah balik”. Korang bayangkan apa perasaan kitaorang, terutama suami aku.

Dia punya excited nak balik dengan penat penat tu, dia ada juga cakap dengan aku waktu nak bersiap tu yang dia tak larat sebenarnya, tapi takpe lah. Kita balik je. Sekali, bila dapat call tu, boleh pulak dia kena marah. Aku pun tak faham mana silap kami.

Bukan ke semua dah maklum yang tahun nie turn keluarga aku? Bukan ke suami aku dah maklum akan balik petang petang sikit memandangkan suami aku kerja?

Aku diam. Aku tak kata apa melainkan aku terkejut dan cakap, “Ehh, bukan dah tahu ke kita raya dengan mak ayah saya tahun nie?”

Aku tak puashati, malam tu aku tanya kakak ipar aku apa masalah sampai nak marah marah mengamuk ngamuk macam tu. Rupanya, sebab diaorang fikir kalau smpai lewat nanti akan kelam kabut dan sekejap je dapat spend time. Allahu. Menggigil aku tahan marah. Astaghfirullah.

Aku tak tahu nak cakap apa lagi. Selalu sangat jadi kejadian macam nie terutama bila kami dari rumah mak ayah aku.

Aku penat sangat. Berat aku turun mendadak since selalu stress dengan benda benda macam nie. Mak mertua aku jenis nak sempurna semuanya dan terlebih touching tapi garang. Haha. Dia suka cakap aku dah rampas kasih sayang anak dia dari dia. Dia kata aku nie dah jauhkan anak dia dari dia. sed1h aku.

Selama aku belajar, ibu tu ada kedudukannya yang tersendiri dan batas pada anak lelaki. Isteri pun sama. Ibu, takkan boleh jalankan tanggungjawab seorang isteri, begitu juga seorang isteri selamanya takkan boleh naik taraf setinggi ibu. Aku tak pernah terfikir nak rampas anak lelaki orang dari ibunya.

Aku sampai dah tak tahu apa cara lagi nak buat atleast ada baiknya tentang aku pada pandangan dia. Aku pernah bagi dia kuih yang aku buat sendiri sempena birthday dia, terima kasih takde, apa takde. Yang ada, dia tanya aku, “guna santan kotak ke? Boleh rasa santan kotak tu..” kau rasa??

Hahaha. Penat giler aku nak melayan. Bukan aku tak pernah belikan hadiah atau tanya kabar dia, tapi setiap kali buat baik ada je yang tak kena. So, aku stop membazirkan masa dan duit aku untuk buat dia bahagia pada sangkaan aku tu.

Aku dah dapatkan kaunseling, nasihat dan pandangan dari asatizah dan ulama ulama untuk diri sendiri. Aku cuba perbaiki, so biasanya aku akan okay sikit. Tapi nanti ada je kejadian aneh lagi. Aku sebut aneh sebab logik akal, tak perlu marah, tak perlu terasa, dan benda yang sedia maklum kita inform awal awal.

Tapi, untuk side dia, dia berhak untuk marah sebab dia ibu dan syurga suami aku dibawah tapak kaki nya. Mak mertua aku jenis demand semua hak dia sebagai ibu kepada anak lelaki. Jadi, aku banyak makan hati. Keluarga aku pun banyak beralah bila sesuatu tu berkait dengan family mertua aku.

Aku tak tahu lah kalau kalau dalam tak sedar, mak ayah aku sed1h dengan sikap kami yang nampak macam lebihkan family inlaw aku. Ampunkan saya, mak ayah..

Aku buntu. Aku tak tahu nak buat macam mana lagi dah. Aku rasa nak lari jauh jauh, penat nak hadap semua nie.

Aku kuat pertahankan rumahtangga aku nie, sebab suami aku sendiri. Dia sangat memainkan peranan. At least, dia boleh bezakan mana betul mana salah tapi masih lagi menghorm4ti ibu dia. Itu aku syukur sangat sangat.

Ujian aku nie, taklah teruk mana. Paling tidak suami aku, masih menjalankan tanggungjawab dia sebagai seorang suami dan ayah yang baik untuk keluarga kecil kami dan anak yang baik walaupun macam tak pernah dihargai.. huhu. Aku kena bersyukur part nie. Alhamdulillah

Korang doakan aku dan keluarga supaya kami jumpa jalan keluar dan selesaikan masalah nie cepat cepat. Aku ingat, bila dah habis Ramadhan, kami akan berbaik bermaafan tapi tak sempat bermaafan, terus kena balik. Hahaha. Aduhai. Moga cepatlah pelangi indah itu tiba :’)

Mana yang baik, jadikan ped0man. Yang buruk, jadikan ikhtibar. Semoga kita, tidak mengulangi kesilapan yang sama pada anak anak dan menantu kelak sebab kita tahu betapa sakitnya disakiti dan dizalimi begini.

Aku pegang satu benda je since dah jadi mak nie, memang Syurga tu terletak pada kaki ibu tapi kita belum tentu dah jadi syurga sebenar untuk anak anak dan dekat alam barzakh nanti, kita pula yang perlukan doa anak anak.

Bayangkan kalau kita meningg4l dunia, anak anak taknak doakan kita. Dekat akhirat nanti, anak anak pula tuntut segala benda yang kita tak jalankan dengan baik. Nauzubillah. Takutnyaaaa. Astaghfirullah. Jadi, kita nie sebenarnya hidup saling memerlukan.

Betul la setiap ujian tu sebenarnya, satu pengajaran berharga untuk kita. Hanya iman yang menentukan ia jadi jalan ke Syurga atau ke Neraka.

Sekian…

Aku minta maaf kalau ayat aku kucar kacir, terima kasih admin, jika tulisan aku nie disiarkan.

Rafizah Fiza –

Pernah baca pepatah ni, dapat ibu mertua yang baik ni rezeki, bukan semua orang boleh merasa. Sabar la sis, insyaAllah berkat doa nanti ibu mertua awak akan berubah.

Adini Adham –

Hmm. Ignore je, buat biasa. Bukan je ibu mertua, siapa siapa pun yang ada kerenah macam ni, ignore kan je. Jangan layan kerenah mengarut. Kita pun ada hati dengan perasaan. Jaga hati dengan perasaan kita dulu.

Ignore tu bukanlah sampai abaikan diaorg. Tak bagi balik, tak yah balik. Kalau kita bagi, dia banyak songeh. Tak yah bagi dah. Tak perlu susah susah fikir. Nanti diaorang yang akan mula fikir sendiri.

Ismi Sha Asri –

Dapat mentua yang bagus bagus adalah nikmat yang tak mampu diungkap kata kata. Kalau situasi sis ni pon dah berebut anak tahap macamtu. Macam mana orang yang bermadu tu ye? Mungkin ayah mentua awak kena bagi madu. baru mak mentua awak nak sibuk kat ayah awak pulak. Dah tak perlu gaduh nak berebut suami awak. Hahahaha

Sherry Azmi –

Benda macam ni memang kuasa kat tangan suami. Kalau dia dapat rasional dan realistik, maka perkahwinan tu akan selamat. Tapi kalau laki tak rasional, memang ke laut dalam lah. Pak mentua aku camni gak. Sekali dengan ipar kaki hasut.

Tapi laki aku maintain relaks, mana dapat buat dia buat. Mana tak, dia buat tak tau je. Ko ugut la macamana pun kat dia, masuk neraka la, anak derhaka la, dia tak heran.

Ejue Mohd Amin –

Hmm macam macam cara awak dah buat tapi tak jalan gak kan?. Kalau saya jadi awak, last last ignore je. Dia nak cakap apa, nak buat apa, buat taktau je. Takyah layan.

Kalau dia cakap jangan balik, takyah balik. Biar dia rindu anak dia. Takyah nak terasa hati ke sed1h ke apa sebab dah tau perangai mak dia lagutu. Kalau dia tak suka awak masak, awak takyah masak. Dia nak cakap awak pemalas ke apa ke biar dia cakap.

Kadang kadang orang camni lagi kita melayan, lagi kita nak please dia, lagi menjadi jadi perangai dia. Tapi at the same time sentiasa berbuat baik. Cumanya berpada pada. Janganla dia hina awak pun awak diam je. Orang camtu kena lawan sikit. Kalau kita diam je lagi dia bvli.

 

Sumber: Mimi (Bukan nama sebenar) via IIUMC, edisimedia

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : ALL HMT

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“6.30 pagi mertua dah ketuk pintu bilik”- Raya pertama lalu, lepas mertua call suami tahan nangis. Terus tak jadi nak balik beraya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*