Bakal menyambut kelahiran anak yang pertama, difahamkan kini pelakon Ardel Aryana telah pun dikejarkan ke hospital kerana sudah tiba masanya untuk bersalin.
Menerusi perkongsian video di IG suaminya, pelakon, Nadzmi Adhwa, memaparkan Ardel mengalirkan air mata sambil ditenangkan oleh doktor sebelum masuk ke bilik bersalin.
Saya ada kat sebelah kalau nak tarik rambut
Di dalam kapsyennya, Nadzmi berharap urusan melahirkan dipermudahkan dan memohon doa agar isteri dan bayinya berada dalam keadaan selamat.
“Awak kuat saya tahu, semoga Allah merahm4ti awak dan permudahkan semua. Saya ada sebelah nak tarik rambut saya tarik la nanti ya sayang…”
Di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan juga para peminat tidak putus berdoa agar Ardel selamat melahirkan bayinya yang pertama.
Selamat melahirkan Ardel, semoga segalanya dipermudahkan. Nadzmi banyak-banyakkan doa agar isteri dan anak selamat.
Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral
Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press
Sumber : Nadzmi Adhwa via KL Press
Be the first to comment on "“Selamat berjuang…” – Tiba Waktu Bersalin Ardel Mengalir Air Mata, Nadzmi Mohon Doa Ramai"