Banyak kelonggaran… PM umum PKPP, rentas negeri dibenarkan bermula tarikh ini

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diganti dengan Perintah kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun sehingga 31 Ogos 2020.

Pengumuman itu dibuat menerusi perutusan khas yang disiarkan secara langsung pada Ahad petang.

“Dalam PKPP, lebih banyak kelonggaran diberikan untuk menjaalni kehidupan seharian

“Bermula 10 Jun, perjalanan rentas negeri dibenarkan kecuali di kawasan Perintah kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD),” ujar Muhyiddin.

PKPB yang dilaksanakan bermula 4 Mei lalu dijadualkan berakhir pada 9 Jun ini, susulan tiga fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuat kuasakan pada 18 Mac.

RAKYAT Malaysia yang pulang dari luar negara tidak perlu lagi menjalani kuar4ntin wajib di pusat kuar4ntin sebaliknya boleh berbuat demikian di rumah masing-masing bermula 10 Jun ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sejurus tiba di lapangan terbang, mereka akan menjalani ujian swab dan mereka yang negatif boleh pulang ke kediaman sendiri.

Bagaimanapun katanya mereka yang positif wabak Covi1d-19 itu perlu menjalani r4w4tan di hospital.

“Mereka wajib muat turun aplikasi MySejahtera dan wajib pakai gelang tangan kuar4ntin bagi memudahkan proses identifikasi. Jadi walaupun dibenarkan pulang tetapi mereka akan dipantau melalui MySejahtera.

“Mereka juga tidak boleh keluar kerana dengan memakai gelang tangan itu, mereka akan mudah dikenalpasti. Mereka wajib menjalani kuarantin 14 hari. Kerajaan akan mewartakan di dalam Akta 342 dan mereka yang ingkar peraturan ini akan dikomp4un RM1,000 atau dihadapkan ke mahk4mah dan boleh didenda serta dipenj4ra,” katanya dalam sidang harian di Putrajaya hari ini.

Menurutnya, kerajaan mengambil keputusan ini selepas mengambil kira kadar j4ngkitan Covi1d-19 di negara lain yang sudah terkawal dengan lengkung jangk1itan juga sudah melandai dan menurun.

“Kita menukar polisi kuarantin wajib untuk rakyat Malaysia pulang dari luar negara berikutan data daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan hanya satu peratus kes import dikesan positif Covi1d-19.

“Kerajaan juga berjaya meningkatkan keupayaan untuk membuat ujian saringan Cov1id-19 di pintu-pintu masuk antarabangsa.

“Kepatuhan kuar4ntin wajib 14 hari di kediaman masing-masing juga dapat dipantau oleh pihak berkuasa melalui aplikasi MySejahtera,” katanya.

Tambah beliau, KKM memberi jaminan keputusan ujian saringan Covi1d-19 menggunakan Rapid Test Kit Antigen akan diperoleh secepat mungkin dan tidak perlu menunggu dalam tempoh lama.

“Bagaimanapun, jika ada kes mereka perlu menunggu keputusan ujian saringan dalam tempoh sehari dua, mereka ini akan dihantar ke pusat kuarantin atau hotel sehingga keputusan diperoleh.

“Mereka tidak akan dilepaskan untuk pulang sehingga keputusan diperoleh menunjukkan positif atau negatif,” katanya.

Terdahulu, Ismail Sabri berkata, sehingga 8 pagi hari ini, sebanyak 156 pusat kuar4ntin beroperasi berbanding 165 pada hari sebelumnya, yang mana 14,665 individu sedang menjalani proses kuar4ntin wajib.

“Semalam seramai 37 rakyat Malaysia pulang ke tanah air dan dikuar4ntin wajib. Seramai 50,873 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara dikuarantin wajib sejak 3 April 2020. Sehingga hari ini, seramai 40,805 individu sudah selesai menjalani tempoh kuar4ntin wajib dan dibenarkan pulang,” katanya.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : Mstar via HM

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Banyak kelonggaran… PM umum PKPP, rentas negeri dibenarkan bermula tarikh ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*