Esok 100 hari Muhyiddin Kemudi Negara Dan Sudah banyak yang disumbangkan.

ESOK genaplah 100 hari pertama Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri, menerajui pentadbiran negara sejak 1 Mac dengan menggalas tanggungjawab paling besar di saat negara dilanda kr1sis kesihatan akibat penvlaran pand3mik Covid-19 selain badai ekonomi.

Beliau, yang juga presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri kelapan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang memberi perkenan pelantikan tersebut selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Menurut pensyarah di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Hazrul Shahiri, Muhyiddin bukan sahaja mengubah isv kesihatan Covid-19 untuk menjadi peluang membvktikan kemampuannya sebagai perdana menteri malah berusaha memvlihkan ekonomi negara dan menstrukturkan semula kitaran ekonomi.

“Tindakan pertama yang dilakukan dalam menghadapi cabaran itu ialah melantik pakar-pakar ekonomi untuk mengetuai Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang berperanan merangka dasar fiskal jangka pendek dan panjang bagi menangani kr1sis kem3lesetan ekonomi,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai 100 hari pertama Muhyiddin sebagai perdana menteri, khususnya dari segi pemvlihan dan pembangunan ekonomi negara.

Kemvncak kr1sis ekonomi negara adalah ketika kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Per1ntah K4walan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lepas yang telah mengg4nggu keseluruhan kitaran ekonomi domestik berikutan penvtupan aktiviti perkilangan, perniagaan dan pekerjaaan, katanya.

Hazrul berkata PKP yang dilaksanakan demi memb3ndung penularan j4ngkitan Covid-19 bukan sahaja telah menjejaskan permintaan dalam pasaran barang serta penawaran dalam pasaran faktor yang ditunjangi oleh pekerja malah memberi kesan n3gatif kepada pendapatan negara, perniagaan syarikat dan perbelanjaan rakyat.

“Pelaksanaan PKP merupakan anc4man ekonomi paling besar dihadapi oleh pentadbiran kerajaan yang diketuai oleh Muhyiddin. Ia merupakan cab4ran ekonomi paling b3rat yang tidak pernah dihadapi oleh semua perdana menteri Malaysia sebelum ini.

“Kr1sis ekonomi yang disebabkan oleh Covid-19 adalah jauh lebih b3sar daripada kr1sis kewangan 1998 dan kem3lesetan ekonomi di era 1980-an,” katanya.

Beliau berkata bagaimanapun pelancaran Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bernilai RM250 bilion yang diumumkan dalam tempoh 10 hari sebaik sahaja PKP berkuat kuasa telah membuktikan komitmen dan keprihatinan kerajaan di bawah pimpinan perdana menteri untuk memulihkan ekonomi negara.

“Ia telah disifatkan sebagai satu tindakan yang pantas dan tepat pada masanya untuk mengimbangi usaha memb3ndung penvlaran pand3mik Covid-19 dan proses pemvlihan ekonomi, dengan jumlah yang jauh lebih besar daripada peruntukkan kerajaan untuk pelan pemul1han ekonomi pada 2009 iaitu sebanyak RM67 bilion.

“Pentadbiran kerajaan Malaysia dengan pimpinan Muhyiddin telah berupaya untuk tidak bergantung kepada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) ketika banyak negara (sekurang-kurangnya 80 negara) telah memohon bantuan daripada tabung berkenaan untuk memulihkan ekonomi negara mereka,” katanya.

Hazrul berkata, menyedari kesvkaran usaha pemulihan ekonomi yang melibatkan perdagangan antarabangsa memandangkan ekonomi dunia juga telah dilvmpuhkan oleh Covid-19, perdana menteri menumpukan aspek pembangunan ekonomi domestik untuk memperlahan dan mengurangkan penyvsutan mendadak dalam perbelanjaan dan pelaburan swasta.

Selepas pakej ekonomi PRIHATIN, Muhyiddin mengumumkan pula Pakej Prihatin Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) (Tambahan) bernilai RM10 bilion yang bertujuan memastikan sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dapat meneruskan operasi mereka dalam keadaan mencabar serta mengurangkan risiko pemberhentian pekerja secara besar-besaran, katanya.

“Kemudahan seperti subsidi upah, bantuan kepada PKS dan kredit mikro telah membantu syarikat-syarikat untuk kekal bertahan dalam industri walaupun tidak dapat beroperasi sepenuhnya.

“Ia bukan sahaja usaha untuk melindungi rakyat melalui pengurangan beban serta menjamin pekerjaan malah sebagai sokongan kepada perniagaan dengan meningkatkan aliran tunai, walaupun ia tidak dapat menggantikan nilai aliran tunai sebenar namun masih memberi ruang kepada rakyat untuk berbelanja,” katanya.

Beliau berkata walaupun COVID-19 telah merosakkan ekonomi dunia tetapi tindakan pantas dan betul oleh kerajaan di bawah pimpinan Muhyiddin berjaya mengelakkan kesan ekonomi yang lebih buruk.

Kelonggaran sekatan pergerakan menerusi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan pembukaan aktiviti ekonomi secara berperingkat telah memberi ruang dan peluang untuk aktiviti ekonomi bergerak semula dan melakukan penyesuaian di era pasca-COVID-19, katanya.

“Peningkatan indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia setakat ini merupakan satu isyarat keyakinan pelabur untuk kembali menyumbang kepada ekonomi dan mempercepat proses pemulihan,” katanya.

Semalam, perdana menteri juga mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akan berkuat kuasa mulai 10 Jun hingga 31 Ogos, 2020, menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), dengan lebih banyak kelonggaran diberikan.

Justeru, perjalanan rentas negeri akan dibenarkan mulai Rabu ini kecuali di kawasan yang diisytiharkan sebagai Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPB).

Selain itu aktiviti komersial melibatkan pemasaran bukan dalam premis perniagaan; lawatan ke muzium; aktiviti ‘indoor busking’; akitiviti perikanan rekreasi termasuk kolam pancing komersial turut dibenarkan semasa PKPP.

Muhyiddin berkata selaras fasa penjanaan semula ekonomi negara dan tiada lagi sekatan rentas negeri, aktiviti pelancongan domestik dibenarkan, namun bagi yang berhasrat melancong ke luar negara, perlu ‘tunggu dahulu’ kerana sempadan negara masih ditutup buat masa ini.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : HM

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Esok 100 hari Muhyiddin Kemudi Negara Dan Sudah banyak yang disumbangkan."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*