Atikah Suhaime Minta Jauhi Lelaki Suka Minta Duit, Sekali Bekas Tunang Awi Rafael Bersuara

Pelakon Atikah Suhaime menasihati kaum wanita agar menjauhi golongan lelaki yang suka mengambil kesempatan meminta wang daripada pasangan.

Menurut Atikah, seseorang wanita harus menghargai diri sendiri dan berani membuat keputusan meninggalkan lelaki yang hanya meminta wang tanpa usaha sendiri.

“Kepada wanita-wanita di luar sana, tahu nilai diri anda, jika seorang lelaki selalu meminta wang tanpa usaha sendiri, tak payah sudah.

“Lebih baik membujang seumur hidup daripada tinggal dengan par4sit dan m4ti dalam penyesalan,” tulis Atikah di Twitter.

Dalam pada itu, Atikah turut mengatakan dia selesa mencari pasangan yang mempunyai pendapatan yang stabil.

“Orang kata saya cari lelaki berduit, mestilah, apa yang anda rasa bila sudah bekerja keras tapi akaun bank kosong? sehingga tak boleh bagi wang untuk ibu bapa, sehingga ada yang kata terhutang budi atas kebaikan pasangan,” tulisnya lagi.

Awi Rafael bekas tunang Atikah Suhaime mula bersuara

Gempak telah menghubungi Awi untuk mendapatkan sedikit komen mengenai isu ini.

Menurut Awi, dia berpendapat, tidak semestinya kenyataan yang ditulis Atikah berkaitan dengan dirinya.

“Saya pun tak tahu mengenai hal ini, apa yang penting, kita fikir yang terbaik kerana tidak semestinya semua yang dia tulis berkaitan dengan diri saya.

“Kini, saya hidup dalam keadaan yang tenang dan sibuk menguruskan perniagaan, saya ada keluarga, kawan-kawan dan rakan perniagaan yang sentiasa ada bersama saya,” katanya.

Tambah Awi, dia berharap agar perkara ini tidak disalah tafsir oleh segelintir pihak, pada masa yang sama, dia juga tidak mahu namanya dikatikan lagi.

“Saya selalu tunjukkan rasa hormat, Insya-Allah, saya harap tiada yang salah faham mengenai hal ini, saya juga tak mahu nama saya dikaitkan lagi,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Awi juga berpendapat, lebih elok jika dia menumpukan perhatian kepada perkara lain yang lebih penting dalam kehidupannya.

“Di waktu sekarang ini, lebih baik saya tumpukan perhatian kepada perkara lain yang lebih penting seperti kesihatan ibu saya, krisis COVI1D-19 dan menguruskan kanak-kanak auti1sme yang menghadiri kelas muzik di studio yang saya usahakan bersama pelakon Aiman Hakim Ridza,” tuturnya mengakhiri bicara.

Sekadar imbasan, Awi telah mengikat tali pertunangan bersama Atikah, namun hubungan mereka putus pada 14 Mac 2019.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : Instagram Atikah Suhaime, Awi Rafael, Gempak, Twitter

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Atikah Suhaime Minta Jauhi Lelaki Suka Minta Duit, Sekali Bekas Tunang Awi Rafael Bersuara"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*