Impian Neelofa tercapai, “Harap orang awam beri kepercayaan kepada saya”-ujarnya

HASRAT usahawan dan selebriti terkenal Neelofa untuk menubuhkan pertubuhan kebajikan pertamanya yang diberi nama sebagai Pertubuhan Kasih Neelofa akhirnya tercapai.

Neelofa, 31, memberitahu dia menyimpan impian itu sejak beberapa tahun lalu dan menjadikannya sebagai platform terbaik untuk melibatkan diri dalam masyarakat.

“Sejujurnya, saya telah lama berhajat untuk membangunkan sebuah pertubuhan kebajikan demi membantu golongan yang memerlukan. Namun, saya tidak mahu ia berjalan tanpa melibatkan saya secara keseluruhan.

“Saya mahu memberi fokus seratus peratus dan benar-benar mendalami masalah yang dihadapi oleh masyarakat. Jika saya terlihat seseorang yang memerlukan bantuan di Twitter, saya akan cuba mendekati individu itu dan terus berhubung dengannya.

Pertubuhan tersebut turut diterajui ibu kepada Neelofa iaitu Datin Noorkartini.

“Saya mahukan pendekatan seperti itu,” kata Neelofa menerusi sebuah kenyataan rasmi pada Khamis.

Dibangunkan untuk membantu masyarakat dengan pemberian sumbangan secara konsisten serta menyeluruh, Pertubuhan Kasih Neelofa merangkumi tiga teras utama.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Neelofa (@neelofa) on

Dalam pada itu, Neelofa menjelaskan tiga teras tersebut adalah teras keagamaan, kemasyarakatan dan bantuan untuk golongan kurang bernasib baik.

“Teras keagamaan meliputi apa sahaja aktiviti seperti program keilmuan dan program keagamaan. Sementara itu, untuk teras kemasyarakatan, kami akan cuba mendekati komuniti dengan melaksanakan program-program bersama tenaga kerja Pertubuhan Kasih Neelofa dan para sukarelawan.

“Bagi teras bantuan untuk golongan kurang bernasib baik pula, kami memfokuskan kepada mereka yang terpinggir dan kurang berkemampuan seperti asnaf, ibu tunggal dan anak yatim.

 

Bukan mudah untuk menguruskan pertubuhan, lebih-lebih lagi yang melibatkan wang kebajikan dan derma daripada orang ramai.

NEELOFA

USAHAWAN DAN SELEBRITI

“Kami akan cuba mendekati golongan ini dengan lebih rapat, mendengar keluhan dan masalah mereka, kemudian cuba menyelesaikan atau meringankan beban melalui bentuk sumbangan atau penganjuran aktiviti-aktiviti amal.

“Menerusi Pertubuhan Kasih Neelofa ini, tidak ada sesiapa pun yang ketinggalan. Kami cuba untuk membantu semua,” ujarnya.

Sementara itu, Neelofa memberitahu dia turut menubuhkan Syarikat Kasih Neelofa Resources yang merupakan sebuah entiti berfungsi untuk menjana pendapatan bagi menggerakkan Pertubuhan Kasih Neelofa.

Sempena kedatangan Hari Raya Aidiladha nanti, Qurban Kasih Neelofa adalah aktiviti pertama yang akan dilancarkan di bawah Pertubuhan Kasih Neelofa.

Neelofa berharap orang awam memberi kepercayaan kepadanya.

Program ini memberi peluang kepada individu yang ingin melaksanakan ibadah k0rb4n dengan mudah disamping memberi ilmu pengetahuan kepada ramai orang yang mungkin tidak tahu tentang proses untuk melaksanakan ibadah k0rb4n secara berhemah dan betul.

Neelofa juga berharap agar inisiatifnya untuk membantu golongan yang memerlukan menerusi penubuhan Pertubuhan Kasih Neelofa dapat diterima baik dalam kalangan orang ramai.

“Bukan mudah untuk menguruskan pertubuhan, lebih-lebih lagi yang melibatkan wang kebajikan dan derma daripada orang ramai. Ia merupakan satu amanah yang sangat besar.

“Saya berharap orang awam memberikan kepercayaan untuk saya dan sama-sama menjadikan Pertubuhan Kasih Neelofa ini sebagai platform untuk semua,” katanya.

 

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Impian Neelofa tercapai, “Harap orang awam beri kepercayaan kepada saya”-ujarnya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*