15 tahun jaga isteri lvmpuh, Sampai Isteri Bagi Kahwin Lain, Ini pilihan Edika Yusof….

KUALA LUMPUR: Bukan mudah melalui cabaran menjaga isteri yang lvmpuh separuh badan kerana ia menuntut perhatian sepenuhnya.

Dalam masa sama, anak-anak pula masih kecil dan mereka yang belum mengerti apa-apa juga perlukan belaian serta kasih sayang.

Pujian wajar diberikan kepada pelakon Edika Yusof, 52, yang setia menjaga isterinya, Norhidayah Yusri, 42, yang lvmpuh akib4t d3mam p4nas sejak 15 tahun lalu.

Dalam masa sama, anak-anak mereka, Nazirul Afiq, 22, Fardeen Nasrulhaq, 16, dan Fereena Nurulhaq, 15, pula ketika itu masih kecil.

“Syukur sekarang anak-anak sudah besar, jadi sudah kurang cabaran.

“Saya akui 15 tahun lalu banyak cabaran yang dilalui dan perlahan-lahan saya tempuhi semuanya. Dulu mereka kecil, sekarang sudah besar. Yang bersekolah pun sudah di tingkatan tiga dan empat.

“Berbanding dulu, tugasnya sekarang semakin mudah kerana anak-anak sudah boleh kendalikan banyak perkara.

“Isteri pun sudah ajar mereka cara pindahkan dia dari katil ke kerusi roda. Kalau tak, kena angkat. Makin lama dia makin OK.

“Paling sukar waktu mereka kecil kerana ibu mereka masih terbaring ketika itu. Saya kena buat semua. Pergi pasar, memasak, mengemas rumah dan menghantar serta mengambil anak sekolah,” katanya.

Nasib m4lang Norhidayah bermula selepas melahirkan Fareena pada tahun ketiga perkahwinan mereka iaitu pada 2005.

“Isteri kena d3mam 4nas. Itu detik paling sukar. Nak bekerja tak boleh dan nak tinggalkan isteri pun tak boleh.

“Saya hanya bekerja dari rumah. Jadi tak dapat terima tawaran berlakon. Saya kena berhenti sekejap dan fokus kepada isteri kerana lebih dua tahun dia terlantar atas katil,” katanya.

Sebagai manusia, Edika mengakui pernah melalui saat luluh dengan apa yang berlaku.

“Bagaimana kuat pun, kalau dalam keadaan begitu memang berlaku juga. Tapi, kita cari jalan usaha untuk betulkan keadaan. Kalau duduk dan tunggu pun tak boleh jadi juga, tapi ia kena membabitkan kedua-dua pihak.

“Isteri pun kena mainkan peranan bagi kita semangat untuk buat apa yang patut. Memang semangat saya banyak datangnya daripada isteri,” katanya.

Menurutnya, walaupun dalam keadaan begitu, Norhidayah memberi galakan dengan berkata hidup perlu diteruskan.

“Nak ambil pembantu pula, kedudukan kewangan pun bermasalah. Duit pun cukup-cukup. Sebenarnya dah pernah cuba ambil pembantu, tapi susah nak serasi.

“Apapun sekarang isteri semakin positif. Dia boleh bergerak menggunakan kerusi roda yang ada alat kawalan. Dia boleh ke dapur membuat kerja. Tangan pun dah kuat.

“Isteri juga sudah boleh gunakan komputer riba. Kami jalankan perniagaan produk penjagaan kulit yang dikendalikannya. Dia boleh belajar untuk masa depan kerana saya pun sudah makin berumur. Bolehlah perlahan-lahan dia kembangkan dengan anak-anak nanti,” katanya.

Sementara itu, anak keduanya, Fardeen memuji kesabaran Edika menguruskan mereka sejak kecil sehingga sekarang.

“Ayah seorang yang sabar, tapi jangan buat benda yang dia tak suka antaranya tak kemas rumah, tak buat kerja sekolah dan duduk saja main telefon.

“Saya nampak kegigihan dia kendalikan keluarga. Disiplin yang diterap buatkan saya mula uruskan diri sendiri sejak darjah satu antaranya membasuh pakaian sendiri.

“Saya pernah tengok ayah penat dan terbit rasa kasihan. Dia selalu juga ajak keluar makan-makan. Kalau tiba hari ulang tahun kelahiran kami, ayah pasti akan raikan di rumah atau di luar,” katanya.

Norhidayah pula mengakui Edika suami yang baik serta setia.

“Dari hari pertama kenal dia, memang saya nampak sikapnya yang bertanggungjawab. Ketika itu dia jaga ibu dan adik-adiknya.

“Dari situ saya tertarik dengannya. Alhamdulillah dia bukan jenis biar isteri buat semuanya walaupun saya belum sakit. Dengan anak-anak, dia turut menunjukkan sikap penuh tanggungjawab,” katanya.

“Isteri Bagi Je Saya Kahwin Lain Tapi Saya Tak NaK” Edika Yusof 

Isterinya, Nor Hidayah juga pernah memberikan keizinan kepada Edika untuk berkahwin lagi tetapi Edika menolak.

“Isteri juga pernah beritahu, kalau nak kahwin lagi dia benarkan. Tetapi saya sendiri tak mahu. Sebab saya berfikir satu hari nanti kalau dia undur diri, saya pernah cakap saya ambil dia waktu dia boleh berdiri dan berjalan. Jadi kalau saya nak ‘pulangkan‘ kembali pada ibu bapanya, saya mahukan dia dalam keadaan yang sama.

“Daripada situ isteri faham yang saya tiada keinginan untuk berkahwin lain atau menambah lain kerana sudah cukup yang ada ini sudah sempurna di hati saya dan saya suka dengan apa yang saya buat.”

Di akhir temubual itu, Edika Yusuf turut menitipkan pesanan kepada para suami di luar sana agar mengamalkan sikap sama-sama susah dan senang bersama isteri.

“Anggaplah kita ni bila dah berkahwin kita dengan pasangan 50-50, sama susah sama senang. Kita tanggung semuanya bersama. Janganlah bagi beban kepada isteri sahaja sebab kita ni ketua keluarga. Jangan anggap isteri sebagai maid, tetapi anggaplah mereka sebagai soulmate kita. Dan nak buat apa pun buatlah bersama-sama, ibarat berat sama dipikul ringan sama dijinjing.”

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Berita Stedy Press

Sumber : Trending Sangat

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "15 tahun jaga isteri lvmpuh, Sampai Isteri Bagi Kahwin Lain, Ini pilihan Edika Yusof…."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*