“Barangan Bayi Pun Saya Belum Beli Lagi,” – Minta Doa Yang Baik-Baik, Ini Reaksi Fazura Bila Ditanya Soal Jantina Anak Bakal Lahir Oktober Depan

Pelakon dan penyanyi, Nur Fazura mengakui masih belum mengetahui jantina bayi dalam kandungan.

Ketika ini, usia kehamilan bintang cantik itu sudah pun mencecah usia enam bulan dan dijangka bersalin Oktober depan.

Terdahulu menerusi Harian Metro, Fazura turut diusik dengan spekulasi bayi yang bakal dilahirkannya ialah perempuan.

Dia bagaimanapun turut menjelaskan, ada juga yang mengadaikan anak lelaki.

“Bayi perempuan? Eh saya pun tak tahu. Macam-macam d4kwaan dibuat kerana ada yang kata bayi lelaki dan ada yang kata perempuan.

“Saya ambil ini sesuatu yang positif kerana ramai orang ambil berat serta ramai juga yang mendoakan saya.

“Saya minta juga agar mendoakan supaya bayi sihat dan saya selamat melahirkan. Itu yang paling penting kerana lelaki atau perempuan itu soal kedua,” katanya seperti yang dipetik.

Wanita berusia 37 tahun yang juga isteri kepada pelakon, Fattah Amin itu turut menzahirkan rasa syukur dengan kesihatan ketika ini memandangkan dia tidak mengalami sebarang alahan.

“Keadaan kesihatan alhamdulillah. Saya boleh makan macam biasa. Malah saya makin kuat makan.

“Saya dijangka melahirkan anak pada Oktober ini. Barangan bayi pun saya belum beli lagi,” akui Fazura.

Terdahulu pada Khamis lalu, Fazura yang ditemani suami hadir ke m4hkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mendengar keputusan k3slanggar kontrak perjanjian antara dirinya dan sebuah syarikat produk kecantikan dan kesihatan.

“Saya sebenarnya gementar nak datang m4hkamah dalam situasi C0v1d-19.

“Tapi pentingnya saya berada di sini untuk menebus maruah saya dan menegakkan keadilan,” katanya.

Fazura didapati tidak bersalah dan bebas daripada tudvhan terbabit.

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber: Harian Metro/MH

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Barangan Bayi Pun Saya Belum Beli Lagi,” – Minta Doa Yang Baik-Baik, Ini Reaksi Fazura Bila Ditanya Soal Jantina Anak Bakal Lahir Oktober Depan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*