Lepas kebakaran di HSA kali kedua, TMJ, Dr Hisham mula bersuara

Ekoran insi1den keb4karan Hospital Sultanah Aminah (HSA) petang semalam, Putera Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendakwa Putrajaya mengabaikan pembangunan di negeri itu.

Tunku Ismail berkata sudah empat tahun Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Raja Pemaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah dan beliau sendiri menyuarakan keperluan membina hospital yang baru serta menaik taraf hospital yang sedia ada di negeri itu.

“Sampai bila negeri Johor dan anak-anak Johor dianaktirikan?

“Kita bukan sahaja boleh melihat daripada sudut keperluan hospital, tetapi lihat pada keadaan lebuh raya di sini sahaja kita sudah tahu negeri Johor dianaktirikan.

“Bayangkan, negeri Johor yang maju, yang banyak memberi sumbangan kepada ekonomi negara dan Kerajaan Persekutuan hanya ada dua ‘lane’ sahaja di lebuh raya berbanding dengan Melaka dan Negeri Sembilan yang tidak menyumbang seberapa banyak.

“Saya menyeru kepada kerajaan Malaysia agar mempercepatkan peningkatan kemudahan awam di negeri Johor demi rakyat,” katanya dalam satu kenyataan di media sosialnya, semalam.

Sebelum ini, pada Oktober 2016, kebakaran berlaku di Unit r4w4tan Rapi (ICU) hospital berkenaan dan meraguvt enam ny4awa.

Anggota keluarga mngsa mengemukakan tuntutan mahkamah kepada HSA, dengan mendakwa keselamatan pes4kit diabaikan.

Pada September 2017 pula, sebuah alat ‘machine sealer’ di Bilik Packing Dewan Bedah HSA terb4kar, namun tiada sebarang keced3raan dilaporkan akibat kejadian itu.

HSA baru-baru ini menjadi berita utama setelah ketua editor berita portal kesihatan CodeBlue, Boo Su-Lyn, dilaporkan disiasat untuk siri artikelnya mengenai kebakaran 2016 di hospital itu.

Berikut pula ulasan Dr Hisham

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebuah jawatankuasa telah dibentuk untuk menjalankan siasatan mengenai kebakaran tersebut.

Jelas Noor Hisham, Jawatankuasa ini juga diberi kepercayaan untuk memastikan tiada gangguan terhadap perkhidmatan kesihatan yang diberikan oleh HSA.

“Walaupun setelah sekian lama menghadapi pelbagai cabaran, petugas kesihatan di lapangan tetap berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik demi rakyat,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Noor Hisham berkata bahawa beliau dan rakannya, Dr Chen Chaw Min diberi taklimat oleh pengarah HSA Dr Mohtar Pungut @Ahmad semasa lawatan mereka di hospital.

Noor Hisham meminta pelbagai kementerian dan agensi untuk bekerjasama membangunkan HSA buat jangka panjang dan jangka pendek.

Sultan Johor biayai kos baik pulih wad HSA yang terbak4ar

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan untuk membiayai kos membaik pulih Wad Perubatan Perempuan Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru yang terb4kar, petang semalam.

Baginda bertitah akan melantik kontraktor bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan dapat dijalankan segera dengan kos pembaikan ditanggung sepenuhnya oleh Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ).

“Saya mahukan Pengarah Jabatan Kerja Raya, Pengarah Kesihatan Johor serta Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor bersama-sama membincangkan segera pelan pembaikan yang akan dilakukan oleh kontraktor.

“Selalunya, kos pembaikan jika dilakukan kerajaan akan mengambil sedikit masa kerana terdapat sistem yang perlu dilalui dan saya tidak salahkan kerajaan, oleh demikian saya mahukan kerja-kerja pembaikan dilakukan segera,” titahnya dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook rasmi baginda, hari ini.

Semalam, rakyat Johor dikejutkan lagi dengan insiden keb4karan di Hospital Sultan Aminah (HSA) namun kali ini melibatkan Wad Perubatan Perempuan 1 yang terletak tidak jauh dari Klinik Kesihatan Mahmoodiah.

Kejadian itu tidak mengakibatkan sebarang kem4ti1an kerana kesemua 24 pesaki1t yang berada di wad berkenaan, berjaya diselamatkan.

Sebelum ini, HSA pernah mengalami kebakaran iaitu pada Oktober 2016 melibatkan tingkat dua unit r4w4tan rapi (ICU) selatan yang mengakibatkan enam pesakit mavut.

– Bernama

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : MB

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Lepas kebakaran di HSA kali kedua, TMJ, Dr Hisham mula bersuara"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*