Terbaru ada virvs lain selain c0vid-19 dikesan di Pontian Johor. Ini kenyataan dari pejabat kesihatan Pontian

JOHOR BAHRU – Pejabat Kesihatan Daerah Pontian, Johor menerima laporan satu kes virvs Japanese Encephalitis (JE) melibatkan seorang lelaki Bangladesh di daerah itu pada 24 Jun lalu.

Pengarah Kesihatan Johor, Dr Aman Rabu berkata, pesakit itu dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pada 21 Mei lalu kerana mengalami demam dan tanda-tanda r4dang otak.

Menurutnya pes4kit itu kemudian dir4w4t sebagai kes ‘meningeal encephalitis’ dan seterusnya dibenarkan pulang dalam keadaan sihat pada 3 Jun lalu.

“Bagaimanapun, laporan makmal yang diterima daripada Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan kemudiannya mengesahkan m4ngsa menghidap peny4kit JE.

Johor menerima laporan satu kes virus Japanese Encephalitis (JE) melibatkan seorang lelaki Bangladesh di daerah itu, 24 Jun lalu. – Foto 123RF

“Ekoran itu, PKD Pontian telah membuat siasatan kes di lapangan. Pesakit bekerja di sebuah kilang membuat bahan binaan di Ulu Choh, Pontian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, aktiviti pengesanan kes aktif di tempat tinggal dan lokasi kerja pes4kit itu termasuk pencarian kes di fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta berdekatan dijalankan.

“Seramai 390 orang disaring untuk gejala peny4kit JE iaitu d3mam, s4kit kepala, kekejangan leher, lemah otot atau sawan.

“Bagaimanapun, hasil saringan itu tidak mengesan kes baharu dan sehubungan itu, kes berkenaan disifatkan sebagai kejadian sporadik,” katanya.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan untuk terus mencari punca JE di sekitar kawasan itu.

“Bagi mengurangkan risiko jangkitan, masyarakat di kawasan ini dinasihatkan mengelak aktiviti di luar rumah pada waktu malam, menggunakan ‘repelen’ dan memakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang ketika berada di luar rumah untuk mencegah gigitan nyamuk.

“Selain itu, orang ramai juga dinasihatkan supaya segera mendapatkan r4w4tan di fasiliti kesihatan sekiranya mengalami demam dan radang otak,” katanya

 

Sumber : sinar harian

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Terbaru ada virvs lain selain c0vid-19 dikesan di Pontian Johor. Ini kenyataan dari pejabat kesihatan Pontian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*