Bekas askar tinggal di khemah demi anak. Ramai terkedu bila tahu punca sebenar

BEKAS tentera sanggup tinggal dalam khemah sejak lima tahun lalu kerana enggan berjauhan dari empat anak-anaknya selepas berpi1sah dengan isterinya di Kampung Teluk, Pasir Panjang, Port Dickson.

Mohamad Nor Saifuddin Abdullah, 44, atau lebih dikenali dengan nama ‘Din Iban’ di kalangan orang kampung bekerja sebagai Pengawal Keselamatan di Pusat Pembangunan Belia dan Sukan yang terletak bersebelahan dengan Kolej Uniti lama tidak jauh dari tempatnya berkhemah.

“Saya selesa hidup macam ni kerana anak-anak boleh datang menziarahi saya sebilang masa dan saya masih memberi mereka wang belanja setiap kali dapat gaji kerana mereka tinggal bersama ibunya yang sudah berkahwin lain.

“Saya lebih dikenali dengan nama ‘Din Iban’ kerana memang orang Iban berasal dari Serian, Sarawak dan memeluk Islam setahun sebelum mengenali bekas isteri ketika dalam perkhidmatan tentera,” katanya ketika ditemui di khemahnya.

Katanya, dua tahun lalu ada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menularkan kisahnya tinggal di dalam khemah di pinggir hutan lipur di sini.

Selesa tinggal dalam hutan

“Selepas itu ramai yang datang melawat termasuk badan kerajaan dan juga orang perseorangan dan Baitulmal turut menawarkan deposit rumah sewa jika saya tidak mampu ketika itu tetapi saya tolak dengan baik kerana lebih selesa tinggal di sini sebab dekat dengan laut bagi memudahkan saya mencari udang hidup untuk dijual kepada pemancing.

“Ketika itu memang saya susah kerana sudah berhenti dari perkhidmatan tentera, tidak berpencen selepas berkhidmat selama 16 tahun di kem Port Dickson tetapi tidak sanggup berjauhan dengan anak terutama yang bongsu berusia lapan tahun,” katanya

‘Din Iban’ berkata, ada juga yang memberi cadangan untuknya kembali ke kampung di Serian, Sarawak selepas berc3rai pada lima tahun lalu.

“Di sini saya ada pekerjaan dan dekat dengan anak-anak.

“Tinggal dalam khemah tepi hutan lipur bukan asing bagi saya sebagai bekas tentera dan berasal dari kampung yang dikelilingi hutan malah ini lebih selesa kerana dekat dengan laut bagi memudahkan saya mencari rezeki tambahan,” katanya

Rata-rata netizan melahirkan rasa simpati dan memberi sokongan moral

” Kuat kan iman dan tabah kan hati skot begitu lah lumrah kehidupan sebagai seorang mualaf kena bersabar bila kita waktu senang kawan ramai isteri pun sayang tapi apabila duit pampasan habis isteri pun lari dan saudara mara dah x kenal kita lgi bersabar lah skot bila anak dah besar dan berkerja suatu hari mereka akan ingat sebagai pengorbanan ayah terhadap anak

“Allahuakhbar..beliau seorg pejuang yg sejati..dr seorg askar hinggalah dah pencen jiwanya ttp seorg pejuang sejati.Selagi hidup selagi itulah perjuangan kita belum selesai.Mgkin berat mata org lain memandang..tp mgkin dia rasa bahagia dan tenang dgn caranya.Cuma harap2 adalah org2 alim dan ustaz2 dpt ziarah beliau memandangkan beliau seorg mualaf.Mungkin jiwanya lebih kuat slps ini..insyallah

“sed1h.dan sayu memandang…riwayat kehidupan bekas tentera…sebelum ini ada yg tinggal dalam ven…yg tiada rumah..yg merempat …mohon kerajaan pn…cari dan cuba bantu sekadar yg mampu…sekurang kurangnya beri mereka tempat tinggal…sanggupkah kita tidur lena di bantal yg empuk di ulit mimpi yg bahagia…sedangkan masih ada insan yg menderita berjuang untuk hidup. Sekurang kurangnya kita kenangkanlah jasa dan pengorbanan mereka yg berjuang berm4tian untuk msia…

“Seorg bekas askar yg sudah biasa hidup dlm hutan kini masih melangsungkan hidupnya ditepi pantai dlm belukar, dia lbh selesa hidup disini kerana mudah mencari rezeki hidupan laut dan hasilnya dpt dijual keparaih, moga abg din iban dilapangkan rezeki dan sllu dpt berjumpa dgn anak2nya yg juga tinggal berdekatan…aamiin

 

Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Tube Viral

Jom Like Page Kami Juga di Facebook Tube Viral Press

Sumber : MB

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Bekas askar tinggal di khemah demi anak. Ramai terkedu bila tahu punca sebenar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*